Melawat Kyoto Bertemankan Robot

Bermula 22 September ini, jika anda melancong ke Kyoto, Jepun, anda boleh mendapatkan khidmat RoBoHon, robot humanoid bersaiz kecil yang akan memberi penerangan mengenai tempat-tempat yang anda lawati. Perkhidmatan robot ciptaan Sharp Corporation yang mempunyai ciri-ciri kecerdasan buatan (artificial intelligence-AI) itu boleh anda dapatkan sekiranya menggunakan teksi untuk melancong sekitar Kyoto. Sharp Corporation, syarikat teksi…

Awas Bandar Cetus `Penyakit’

`Penyakit’ ini bukan berpunca daripada virus, bakteria atau kuman, tapi disebabkan oleh keberadaan anda di bandar yang dikunjungi itu. Tiga buah bandar yang mampu mencetuskan fenomena itu ialah Baitulmaqdis, Paris dan Florence. Ia disebabkan ada pengunjung yang berasa taksub terhadap bandar tersebut, sehinggakan mereka boleh menjadi gila ketika berada di situ sekali pun mereka tidak…

Pelancong Mengubah Budaya Pulau Easter

Lokasinya mungkin terpencil di barat daya Lautan Pasifik; terletak 3,700 kilometer di barat Amerika Selatan, dan 1,770 kilometer dari pulau terdekat, tetapi pulau kecil ini berjaya menarik ratusan ribu pelancong setiap tahun. Keunikan bumi, budaya dan peninggalan sejarah Pulau Easter menarik ramai pelancong untuk mengunjunginya. Bagaimanapun jumlah pelancong yang lebih ramai daripada jumlah penduduk (7,750…

5 Tabiat Pelancong Yang Paling Menjengkelkan

Baru-baru ini Agoda meninjau pendapat untuk mengetahui tabiat pelancong yang mereka anggap menjengkelkan. Lebih 10,000 pengembara dari 10 destinasi serata dunia termasuk United Kingdom, Amerika Syarikat, Singapura, Malaysia, Filipina, Indonesia, Vietnam, Thailand dan China terbabit dalam kajian syarikat pengembaraan/pelancongan dalam talian itu. Hasilnya, didapati tabiat pelancong yang paling tidak disukai adalah: Suka buat bising Pelancong…

Projek Kraf KampungKu Kota Belud, Sabah (Siri 2)

Baru-baru ini, rombongan wartawan cetak dan elektronik seramai 15 orang dari Semenanjung telah mengikuti Kraftangan Malaysia meneruskan program Jelajah Kraf SDSI (Satu Daerah Satu Industri) ke Kota Belud, Sabah.  Ini merupakan program Jelajah Kraf SDSI ke enam di peringkat kebangsaan dan ke dua di Sabah untuk peringkat negeri, yang pertama ke Kampung Batu Lunguyan, Keningau….

Floria Diraja Putrajaya: Terbaik 10

Kalau anda peminat bunga-bungaan, ada sebab yang amat besar kenapa anda mesti datang ke Floria Diraja Putrajaya yang akan berlangsung dari 25 Ogos hingga 2 September pada tahun ini. Sejak ia mula dianjurkan pada 2007, peminat Floria pasti tahu mengenai tema bunga yang diadakan setiap tahun itu – biasanya hanya satu jenis bunga. Bagaimanapun, sempena…

Tourism Selangor & Orang Asal Cipta Rekod Hasilkan Permainan Tradisional ‘Kerchang’ Gergasi

Pada 4 dan 5 Ogos lalu, Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, serta Jabatan Kemajuan Orang Asal Malaysia (JAKOA) telah menganjurkan Festival Kesenian Orang Asal Antarabangsa Negeri Selangor 2018 yang berlangsung di Taman Botani Negara Shah Alam, Selangor. Festival yang berlangsung selama dua hari itu  turut dimeriahkan…

Projek Kraf KampungKu Kota Belud, Sabah (Siri 1)

foto: miss shophia malaysia Siapa yang tidak tertarik dengan keunikan dan kehalusan seni kraftangan anyaman bakul-bakul rotan dan buluh dari Sabah! Tambahan pula sekiranya produk-produk seni kraf ini adalah hasil kerjatangan dan kemahiran masyarakat setempat seperti Kota Belud yang terkenal dengan keunikan produk anyaman, tenunan pembuatan produk logam. Baru-baru ini sekumpulan lima belas wartawan cetak…

Dekati Budaya Indonesia

SEBAGAIMANA Indonesia terkenal dengan Negara Seribu Pulau, ia juga kaya dengan pelbagai seni dan warisan bangsa. Setiap daerah di Indonesia punya keistimewaan tersendiri untuk diceritakan kepada orang ramai. Jika melancong ke Indonesia pastikan anda meluangkan masa untuk melihat atau mempelajari budaya mereka. Berikut antara budaya atau amalan yang popular di negara tersebut yang kini menjadi…

Terokai Megafauna zaman Ice Age di MATIC, KL

Filem animasi Ice Age boleh dikatakan cukup popular dan digemari ramai kerana watak-wataknya yang sangat comel dan lucu. Tapi tahukah anda Ice Age itu sendiri sebenarnya adalah merupakan sebuah zaman? Kini anda berpeluang melihat sendiri watak-watak filem animasi tersebut dalam saiz sebenar di Ice Age Alive 2018 yang sedang diadakan di Lanai Matic, Kuala Lumpur….

Campak Makanan Dari Gunung Bromo

SETIAP tahun, pengunjung tempatan dan pelancong asing tidak melepaskan peluang menyaksikan upacara melontarkan makanan ke dalam kawah gunung berapi Bromo yang masih aktif. Ia merupakan upacara ritual yang dilakukan oleh penganut Hindu suku Tengger di Probolinggo, Indonesia. Ritual tersebut merupakan sebahagian daripada aktiviti perayaan yang dinamakan sebagai Yadnya Kasada dan disambut selama sebulan. Upacara tersebut menyaksikan…

20 Perkara Menarik Mengenai Rusia

Kalau bukan kerana Piala Dunia 2018, barang kali banyak orang yang tidak terfikir pun untuk berkunjung ke Rusia. Banyak yang melihat negara itu agak misteri. Berikut adalah sedikit fakta mengenai negara itu, yang mungkin menarik anda berkunjung ke sana suatu hari nanti. Hotel Astoria di St. Petersburg merupakan salah satu tempat terbaik untuk anda merasa…