Citarasa Fusion di Restoran Chinese Muslim Abdullah

BAGI mereka yang bercuti ke Ipoh, Perak dan suka dengan masakan Cina Muslim, anda boleh ke Restoran Chinese Muslim Abdullah (RCMA) untuk mencuba menu lazat di sana. Restoran tiga tingkat ini terletak di Medan Meru Bestari, Perak. Ia menyediakan lebih 100 pilihan menu setiap hari.

Menurut pemiliknya, Muhammad Aiman Loh, menu yang disajikan adalah resipi keluarga dan cef restoran ini adalah bapa saudara beliau sendiri. Sebagai pengusaha, beliau mahu penduduk tempatan dan juga pelancong menikmati kepelbagaian hidangan di negara ini.

“Kami mengambil konsep resipi kantonis yang lebih mengikut citarasa rakyat Malaysia. Semua menu di sini adalah resipi keluarga dan ramuan yang digunakan sesuai dengan ‘lidah’ tempatan.

“Meskipun resipi di sini disediakan oleh bapa saudara, namun saya sendiri yang akan pastikan hidangan itu berkualiti dan rasanya akan disukai semua orang.

“Ada juga menu fusion yang menggabungkan hidangan Melayu dengan citarasa kantonis seperti gulai labu,” ujar Aiman ketika majlis pelancaran restoran tersebut.

Selain menu tersebut, antara yang menarik adalah sup sirip ikan yu, tauhu goreng, ikan masam pedan dan ikan stim. Pelanggan boleh memesan pilihan ikan sendiri. Harga yang ditawarakn sangat berpatutan. Harga menu ala carte serendah RM7.00 untuk hidangan seperti nasi goreng. Makanan menu panas seperti ikan pula sekitar RM 50.00 hingga RM 70.00.

Bagi memenuhi permintaan orang ramai, restoran ini juga akan menyediakan menu khas yang ditukar setiap minggu. Ini sebagai pilihan tambahan kepada pelanggan agar mereka tidak bosan dengan menu yang sama.

Aiman Loh menunjukkan menu istimewa RCMA ketika majlis pelancaran.

RCMA sedia menerima tempahan untuk sebarang majlis seperti makan makan dan juga mesyuarat khas di ruang tingkat atas. Restoran ini boleh memuatkan 100 orang pelanggan dalam satu masa dan mereka boleh memilih untuk makan di ruang berhawa dingin atau di luar. Restoran ini beroperasai setiap hari bermula jam 4.30 petang hingga lewat malam kecuali hari Khamis.



Booking.com