Destinasi Rasa di Le Meridien

LEBIH 100 menu dihidangkan setiap hari bagi juadah berbuka puasa di Hotel Le Meridien, Putrajaya. Tema Destinasi Rasa diangkat dengan membawa resipi dari pelbagai daerah seluruh dunia.

Antara yang menarik adalah Som Tam yang popular di Bangkok, Keema Bati (Jaipur), Ayam Tandoori (Gurgaon), Gulangyu Fish Ball Soup (Xiamen), Oyster Omelettes (Taipei), Dim Sum and Chicken Bao (Hong Kong) dan Chili Crabs (Singapura).

Selain itu terdapat juga menu lain seperti Shawarma Chicken, Roti Durian, Dendeng dan Kambing Masak Hijau. Hidangan bufet ini ditawarkan pada harga RM 165 (dewasa) dan RM 84 (kanak-kanak).

 



Booking.com