Durian D24 di Hotel IMPIANA KLCC

MENCARI tempat berbuka yang menyajikan pelbagai jenis hidangan? Tonka Bean Café Deli di Hotel Impiana KLCC adalah pilihan terbaik. Sup Gear Box, Roti Pak Johan, Ayam Shawarma, Ekor Asam Pedas dan banyak lagi menu yang cukup membuka selera.

Lebih istimewa lagi ialah acara pencuci mulut yang menghidangkan Durian D24 buat pelanggan. Anda boleh nikmati raja buah ini sebanyak mungkin. Selain itu aiskrim Baskin Robins dengan lebih 10 perisa disediakan.

Hidangan kampung air tangan Chef Mazlee Abdul Rahman tidak perlu diperkenalkan lagi. Mengambil tema Sinar Ramadan Al-Mubarak mengenengahkan resepi keluarga sepanjang zaman. Salah satu hidangan wajib cuba adalah Roti Pak Johan yang disaluti sos istimewa ciptaan Chef Mazlee. Sup gear Box jangan sesekali dilupakan, hidangan sebesar mangkuk XXL pastinya memenuhi citarasa berbuka puasa.

Bufet berbuka puasa bermula dari 16 Mei hingga 14 Jun 2018 pada jam 6.30 petang hingga 10.30 malam. Pengunjung akan dihidangkan dengan persembahan istimewa dari Seni Melodi sepanjang Ramadan.

Dewasa : RM148.00 nett

Kanak-kanak : RM74.00 nett (4 hingga 12 tahun).

SUMBER: SAJIONLINE



Booking.com