Santai Gaya Moden & Eksklusif Di Energy Day Spa

LAYANAN bak raja dan permaisuri tatkala mendapatkan rawatan di sini begitu didambakan oleh setiap pengunjung. Menawarkan pelbagai rawatan muka dan badan dalam suasana tenang, Energy Day Spa membantu meremajakan tubuh, memberi tenaga serta mendamaikan minda dan jiwa.

Berlokasi di tingkat empat Great Eastern Mall, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, tiada siapa menyangka terdapat sebuah pusat rawatan kecantikan dengan keluasan yang agak besar di dalamnya. Sebaik melangkah masuk ke Energy Day Spa ini, suasana berubah menjadi tenang dan nyaman sehingga terlupa ia terletak di dalam pusat membeli-belah di tengah kotaraya.

Ruangan hadapan spa
Pasir pantai buatan sebagai arca yang mendamaikan.
Sebahagian daripada lapan ahli terapi yang mesra dan berpengalaman.

Spa berkonsep moden eksklusif ini bukan hanya menawarkan rawatan spa tetapi juga menawarkan rawatan kecergasan dan klinik untuk rawatan kesihatan. Lebih istimewa, di sini juga terdapat lounge untuk wanita dan lounge unisex untuk bersantai tatkala selesai rawatan sambil menikmati pemandangan luar. Tidak hanya bersantai, pelanggan juga boleh menempah ruang lounge ini untuk mengadakan parti.

Dibelai oleh ahli-ahli terapi yang mahir dan berpengalaman yang didatangkan khas dari Filipina, Indonesia dan Malaysia, para pelanggan pasti berpuas hati dengan sentuhan magis dan layanan istimewa yang diberikan sambil menikmati aroma yang menyegarkan diikuti alunan muzik yang mendamaikan.

Memiliki lapan buah bilik terapi termasuk bilik berpasangan dan bilik perseorangan, spa yang telah ditubuhkan sejak 10 tahun lalu ini turut menawarkan perkhidmatan stim badan, terapi balneo serta pelbagai jenis rawatan badan selain rawatan muka yang cukup istimewa menggunakan produk penjagaan kulit Swiss Line dari Switzerland sepenuhnya.

Spa moden ini menggunakan produk penjagaan kulit Swiss Line.
Laluan menuju ke ruang rawatan spa.
Pasir pantai buatan sebagai arca yang mendamaikan.

STUDIO ENERGY UNTUK KECERGASAN

Ingin tampilkan kelainan, Energay Day Spa turut memiliki sebuah studio untuk melakukan aktiviti kecergasan. Para pelanggan yang ingin mengeluarkan peluh sambil memanjakan diri, spa ini merupakan tempat yang paling sesuai buat anda.

Setiap kelas latihan kecergasan diajar oleh jurulatih yang profesional. Antara kelas-kelas yang ditawarkan termasuklah Ashtanga Vinyasa Yoga, Belly Dancing, Street Jazz, Hatha Yoga, Pilates, Prenatal Yoga, Zumba dan Stretch & Tone.

Para pelanggan boleh memilih sama ada untuk mengikuti kelas-kelas tersebut secara pakej iaitu selama empat dan lapan sesi ataupun boleh pergi untuk satu sesi sahaja. Untuk satu sesi, harga kelas adalah Rm55, manakala harga pakej untuk empat sesi adalah sebanyak RM190 dan pakej lapan sesi RM370.

Studio Energy untuk aktiviti kecergasan yang ditawarkan.

RAWATAN REIKI

Selain itu, terdapat juga perkhidmatan rawatan istimewa Reiki untuk menghilangkan stress dan menenangkan dalaman. Reiki merupakan teknik penyembuhan Jepun yang boleh membersihkan tenaga dengan mengeluarkan tenaga negatif dan menggantikannya dengan tenaga yang positif untuk melegakan tekanan dan menenangkan pesakit.

Dalam sesi rawatan tersebut, pesakit akan dibimbing untuk menguruskan tekanan dalam diri. Ia bertujuan untuk melegakan tekanan, mengurangkan tekanan darah, memberi tidur yang lebih baik, memberi semula tenaga badan, merawat kesakitan leher dan bahu, membersihkan dan menenangkan minda, menguatkan sistem imun serta meningkatkan daya tumpuan dan produktiviti.

Sesi rawatan Reiki mengambil masa selama 90 minit. Pelanggan boleh memilih sama ada untuk menerima rawatan untuk satu sesi dengan harga RM230 atau mengambil pakej bagi 10 rawatan berharga RM2100. Rawatan ini berkesan untuk pelanggan yang bermasalah dan mengalami tekanan hidup yang teruk.

Ruang konsultansi.
Bilik rawatan berpasangan.

 

Terdapat juga bilik rawatan yang boleh dipisahkan dengan sliding door.
Bilik khas terapi balneo.
Bilik rawatan muka.
Lounge untuk lelaki atau unisex.
Lounge khas buat wanita mengadap pemandangan luar.

 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi;

Energy Day Spa

Lot 4, Level 4, Great Eastern Mall, 303 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.

Emel: ampang@energymindbodyspirit.com

Tel: 03-42568833



Booking.com