Fun Taipei di IOI City Mall

Jabatan Penerangan dan Pelancongan Taipei memperkenalkan kempen Fun Taipei sebagai usaha meningkatkan keupayaan pasaran pelancongan Taiwan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Kempen tersebut berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya bermula 14 hingga 16 September 2018.

Pengunjung berpeluang merasa makanan halal yang dipromosikan secara percuma sepanjang kempen berlangsung. Antara yang menarik adalah kek nenas, ayam goreng, kopi Taiwan dan ais cukur mangga. 

Ketika majlis pelancaran berlangsung pada hari pertama kempen, Datuk Fazley Yaakob yang juga merupakan Duta Pelancongan Halal Taiwan turut memperkenalkan lagi Rasa Sayang dengan gubahan lirik baharu. Lagu tersebut memberi penekanan penginapan dan restoran mesra-muslim seperti Amba Hotel, Kuo Yuan-ye Foods, Ice Monster dan Fried Chicken Master. Semua jenama ini adalah antara yang popular di bandar Taipei. 

Ketika sidang media, Datuk Fazley memberitahu tidak susah bagi pelancong muslim untuk mencari produk halal di Taiwan kerana negara tersebut kini aktif mempromosikan jenama halal. 

“Kita selagu rasa ragu untuk melancong ke negara bukan Islam. Taiwan sebenarnya punya badan seperti JAKIM yang menjaga produk halal negara tersebut. 

“Malah dengan menggunakan sebarang aplikasi di telefon pintar, anda boleh mencari restoran atau hotel yang mesra-muslim,” ujar Datuk Fazley.

Beliau sendiri menzahirkan rasa kagum melihat perkembangan positif di negara tersebut. 



Booking.com