Gaya Sedondon Telekung Mama & Hana

Berita gembira untuk ibu dan anak perempuan cilik yang suka bergaya sedondon! Ini termasuk semasa ibu melatih si cilik untuk bersolat.

Keintiman ibu dan anak perempuan kecil telah mencetuskan inspirasi pada jenama telekung Siti Khadijah untuk memperkenalkan set telekung ibu dan anak. Bagi merealisasikan impian ini, telekung Siti Khadijah telah menjalin kolaborasi dengan watak kartun program TV terkenal di kalangan kanak-kanak iaitu Omar dan Hana.

Maka, lahirlah set telekung Mama & Hana. Telekung Hana diilhamkan daripada watak Hana dalam kartun animasi popular Omar & Hana. Bersempena Fiesta Omar & Hana, pelancaran set telekung ibu dan anak tersebut berlangsung di sebuah pusat membeli-belah terkenal di Putrajaya pada 26 April lalu.

Koleksi terhad telekung Mama & Hana terdapat dalam dua pilihan warna ceria, iaitu gabungan biru dan kuning, serta set putih dan biru dengan hiasan reben pada bahagian kepala untuk si cilik.

Kini para ibu pasti berasa lega kerana si cilik pun dapat menyarung telekung yang menggunakan fabrik selesa lagi berkualiti semasa bersolat bersama. Menariknya, bagi setiap pembelian set telekung Mama & Hana, pelanggan akan menerima hadiah berupa botol minuman, beg pouch, tasbih atau sticky note. Set telekung ibu dan anak ini berharga RM205 (RM99 untuk telekung Hana sahaja) serta ia sesuai untuk dibawa semasa bercuti. _ Azimah Omar

Seronok si cilik memiliki telekung Siti Khadijah yang sedondon dengan ibu.


Booking.com