Gua Tham Luang Bakal Jadi Muzium

KISAH sepasukan pemain bola Thailand yang terperangkap di dalam Gua Tham Luang menjadi perhatian masyarakat dunia. Seramai 12 orang remaja usia antara 11 hingga 16 tahun dari pasukan Wild Boar bersama seorang jurulatih berjaya diselamatkan selepas lebih dua minggu terperangkap.

Ketua misi penyelamat, Narongsak Osottanakorn memberitahu, kawasan tersebut akan dijadikan muzium yang mempamerkan bagaimana kisah di sebalik gerak kerja menyelamat mangsa dilakukan. Dalam masa sama ia bakal menjadi satu tarikan baharu Thailand untuk menceritakan kisah yang menjadi tumpuan dunia.

Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha menegaskan tahap keselamatan pengunjung harus diambil kira jika ia menjadi kawasan pelancongan kelak. Segala cirri-ciri keselamatan harus diperbaiki sebelum ini menerima ramai kunjungan pelancong.

Bagaimana pun, kerajaan Thailand belum menetapkan sama ada Gua Tham Luang tersebut bakal dibuka sepanjang tahun atau tidak kerana kawasan tersebut terdedah kepada bencana banjir ketika musim hujan sekitar bulan Jun hingga Oktober.

Gua Tham Luang terletak di sebauh bandar kecil bernama Mae Rai, di utara daera Chiang Rai yang juga bersempandan dengan negara Myanmar.



Booking.com