Gurume Food Place, Konsep Foodcourt 5 in 1

BERBEZA dengan medan selera yang lain, Gurume Food Place menampilkan konsep medan selera 5 in 1 di bawah satu kendalian dan anda boleh menikmati pelbagai jenis makanan mengikut selera sendiri.

Lima konsep tersebut ialah Gelato, Patisserie, Street Food, Food Place dan Sushi. Memiliki 16 buah gerai, medan selera yang berlokasi di dalam pasar raya Aeon Max Value, Evo Mall, Bandar Baru Bangi ini menawarkan 208 menu menarik untuk disajikan kepada pelanggan.

Daripada sajian pembuka selera, menu utama sehinggalah ke sajian pencuci mulut, boleh didapati di sini. Sementara anda nak beli barang-barang dapur tu, bolehlah ambil peluang untuk merasa menu-menu di sini.

Konsep makanannya pula terdiri daripada masakan Barat, Itali, Asian, Jepun dan makanan tempatan. Menurut Pengurus Operasinya, Shahrul Azman, Gurume Food Place menjanjikan makanan yang berkualiti sesuai dengan nama Gurume yang diambil daripada perkataan “Gourmet” itu sendiri.

“Semua makanan yang disajikan di sini dibuat sendiri oleh tukang masak yang berpengalaman. Kami mementingkan originality dan kualiti makanan yang disediakan sesuai dengan tagline kami, Gourmet Fresh Food and Live Concept.

“Dari segi menu pula kami sentiasa memastikan apa menu tertera di skrin monitor yang tidak terjual akan dibuang dan digantikan dengan menu lain untuk menarik minat pelanggan,” katanya yang memberitahu Gurume Food Place akan turut membuat buffet Ramadan tidak lama lagi.

Suasana tempatnya yang santai dan relaks amat sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga sambil menjamu selera meskipun terletak di dalam pasar raya.

Medan selera yang dekorasinya berkonsep industri ini mampu memuatkan 100 pelanggan dalam satu masa. Waktu operasinya pula dari pukul 10 pagi sehingga 10 malam. Harga menu bermula dari RM4 hingga RM22.

Shahrul Azman (tengah) bersama kakitangan Gurume sentiasa memastikan kepuasan pelanggan. FOTO: ZULFAIZ ZAKARIA.

Antara menu yang ada termasuklah Seafood Marinara, Aglio Olio Chic Mushroom, Burger The Swiss, Mushroom Soup, Baked Salmon, Nasi Lemak Ayam Rendang, Nasi Timbel, Nyonya Kari laksa, Mee Rebus Gear Box, Nasi Goreng Gurume, Ayam Goreng, Pulut Mangga, Bubur Chacha, Italian Meat Pizza, Pizza Spinach, Cantonese Noodle, Derty bread, Takoyaki, Waffle dan Sushi.

Manakala untuk minuman pula antaranya Hot Latte, Strawberry, Orange, Coconut Lime, pelbagai jenis Smoothies dan Gelato. Anda wajib cuba semua menu ini, memang terbaik!



Booking.com