Handphone – Alat `Wajib’ Untuk Melancong

Segala-galanya ada dalam telefon bimbit. Oleh itu, tidak hairan jika telefon menjadi alat wajib yang perlu dibawa kala melancong.

Ia bukan sahaja sebagai alat komunikasi dengan ahli keluarga atau kawan-kawan rombongan percutian, malah untuk merakam momen-momen menarik sepanjang percutian sebagai kenangan, membuat tempahan penginapan (sebelum atau semasa melancong), atau mencari maklumat mengenai sesuatu destinasi dan cara untuk ke sana.

Dalam kajian yang dilakukan oleh Hotels.com, 91 peratus responden di kalangan pelancong Malaysia menyifatkan telefon sebagai alat yang mesti dibawa ketika bercuti. Hanya 30 peratus yang bergantung kepada buku panduan destinasi dan 15 peratus yang membawa buku bahasa tempatan.

Kegemaran berkongsi pengalaman dalam media sosial meletakkan Malaysia sebagai negara yang paling tinggi kadar penembusan Instagram di Asia Pasifik. Pun begitu, medium media sosial yang paling banyak digunakan ialah Facebook (82 peratus).

Berikut ialah pecahan penggunaan telefon pintar di kalangan rakyat Malaysia:

  • 84% menggunakannya untuk mengakses aplikasi media sosial
  • 83% menggunakannya untuk mencari restoran yang sesuai
  • 76% untuk membuat tempahan penginapan
  • 65% untuk aplikasi pengembaraan
  • 61% aplikasi pemetaan untuk ke destinasi
  • 17% aplikasi kecergasan semasa bercuti

Menyedari permintaan terhadap telefon pintar yang tinggi di Negara ini, syarikat telefon bimbit Honor telah menjalin kerjasama dengan platform e-dagang Shopee pada Mac lalu untuk memasarkan produk terbarunya, Honor 9 Lite.

Ciri utama Honor 9 Lite ialah penampilan kamera dua-lensa di bahagian depan dan belakang agar gambar yang dirakam lebih jelas dan cantik.  Menariknya, ia terdapat dalam dua variasi rona romantik, Sapphire Blue dan Glacier Grey.

Anda boleh mendapatkan telefon Honor Lite 9 ini pada harga RM749 menerusi Shopee. Pasti gambar-gambar yang anda rakam Nampak lebih jelas dan menarik!

Pengarah Pengurusan Serantau Shopee, Ian Ho (tiga dari kanan ) bersama barisan wakil Honor 9 Lite.


Booking.com