ibis KLCC Terbesar di Asia Pasifik

HOTEL jenama ibis bakal memulakan operasinya di Kuala Lumpur pada Ogos ini. ibis KLCC merupakan kedua terbesar di dunia dan terbesar di Asia Pasifik bagi jenama di bawah pengurusan Accor Hotel ini.

Terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur, ibis KLCC adalah lokasi penginapan terbaik bagi mereka yang mahukan pengalaman bercuti di tengah kota. Bukan itu sahaja, kemudahan yang disediakan juga sesuai untuk urusan perniagaan seperti seminar, mesyuarat dan sebagainya.

Sebanyak 684 buah bilik disediakan untuk tetamu dengan ruang luas serta kemudahan terkini. Hotel ini juga menjanjikan kepuasan tidur pelanggan dengan tilam dan bantal yang selesa. Sekali pun berada di tengah kota, tetamu tidak akan terganggu dek bunyi bising pada tengah malam.

Ruang makan untuk sarapan pagi disediakan di Kampung Kitchen yang menyajikan makanan tempatan. Tetamu juga boleh membeli makanan di Petite Paris yang beroperasi dari jam 11.00 pagi hingga 9.00 malam. Selain itu untuk pilihan makan malam pula, tetamu boleh menikmati juadah enak di Jaded yang terletak di tingkat 31 hotel ini.

 



Booking.com