Imej Dinamik Sunway Putra Mall Baru

Mungkin ada yang berasa keliru dengan imej baru sebuah kompleks membeli-belah terkenal berhampiran PWTC di Kuala Lumpur. Dahulu ia dikenali sebagai The Mall tetapi hari ini Sunway Putra Mall merupakan mercu tanda terbaru bandaraya Kuala Lumpur.

Kompleks membeli-belah Sunway Putra Mall berilhamkan konsep Sun-drop Diamond di Afrika Selatan ini menampilkan permainan geometrik  warna-warna ceria seperti merah, oren dan kuning. Rekaan pada dinding luar berpetak-petak berwarna-warni ini  bertujuan untuk merangsang-semula tenaga kawasan tersebut, dengan harapan, kesenangan dan kehidupan-semula.

Konsep ‘Sundrop Diamond’ turut ketara pada rekaan kaunter ‘Concierge’. Ubah-suai keseluruhan senibina kompleks berkonsep rekaan ultra-moden, menampilkan susun-atur ruang dalaman yang menarik dengan kehadiran lebih 300 kedai. Kompleks membeli-belah lapan tingkat ini menyediakan kemudahan dan perhubungan, pengalaman membeli-belah kepada perniagaan dan residen berhampiran.

Sunway Putra Mall boleh berbangga dengan dua ‘mini-anchors’ utama iaitu panggung wayang TGV Cinema yang merupakan satu-satunya ‘multiple Cineplex’ berkonsep ‘Beanieplex’ yang revolusionari. Ia menggantikan tempat duduk panggung wayang biasa  dengan ‘beanbags’ yang lebih selesa.

Sunway Putra Mall boleh berbangga dengan dua ‘mini-anchors’ utama iaitu panggung wayang TGV Cinema yang merupakan satu-satunya ‘multiple Cineplex’ berkonsep ‘Beanieplex’ yang revolusionari. Ia menggantikan tempat duduk panggung wayang biasa dengan ‘beanbags’ yang lebih selesa.

Sementara ‘mini-anchors’ yang satu lagi iaitu Cold Storage, menawarkan pelbagai pilihan barangan dan keperluan peralatan rumah serta dapur bagi memenuhi citarasa pelanggan yang berbeza.

Disamping itu, rangkaian jenama bertaraf antarabangsa seperti H&M, Esprit, Mango, UNIQLO, Bobbi Brown, Adidas, Laura Mercier dan MAC membuatkan Sunway Putra Mall berdaya saing. Pilihan restoran-restoran eksklusif seperti Red Lobster, Las Vacas, The Manhattan Fish Market, dan Rakuzen menambah daya tarikan kompleks ini.

Lokasi Sunway Putra Mall yang stratejik berhampiran mercu tanda PWTC, bersebelahan dengan kemudahan sistem pengakutan awam  stesen LRT PWTC dan stesen komuter, menjanjikan pengalaman membeli-belah dan berlibur yang sensasi. Kompleks Sunway Putra Mall melengkapi kompleks-kompleks perniagaan berhampirannya iaitu Sunway Putra Tower dan Sunway Putra Hotel.

Sumber: Sunway Putra Mall



Booking.com