Impikan percutian lengkap seisi keluarga? Bayou Lagoon Resort adalah tempatnya!

Bagi yang ingin meluangkan masa hujung minggu bersama keluarga, pastinya anda mengidamkan sebuah percutian yang lengkap dengan segala kemudahan dari segi tempat tinggal, beriadah dan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan.

Sudah pasti, bagi warga kota yang penat bekerja, kita impikan percutian relaks dan pergi ke tempat yang cantik, berbaloi serta sesuai untuk anak-anak. Mana lagi tempat yang menarik dan dekat kalau bukan di Melaka?

Yeaah! Jika ke negeri bersejarah ini, kami hendak cadangkan sebuah resort menarik untuk percutian anda seisi keluarga iaitu di Bayou Lagoon Park Resort, Melaka.

Bayou lagoon Resort Park Melaka ini terletak di Jalan Wakaf Utama, Bukit Katil. Pemanduan dari Kuala Lumpur memakan masa sekitar 1 jam 15 minit sahaja.

Lokasinya boleh dikatakan bebas daripada kesesakan jalan raya kerana akses ke sini tidak melalui laluan utama. Tetapi kedudukannya masih lagi berdekatan dengan Pusat Bandar dan tempat-tempat tumpuan pelancongan yang lain.

Kalau nak tahu, Bayou Lagoon Park Resort Melaka ini sentiasa padat dengan pengunjung terutama semasa peak season iaitu musim cuti sekolah, cuti perayaan, cuti umum dan cuti hujung minggu.

Apa yang menarik tentang Bayou Lagoon Resort Park Melaka ini? Jom… check it out!

 

Merehatkan tubuh dan minda sambil melakukan aktiviti menarik di sini!

Bayou Lagoon Park Resort Melaka menyediakan perkhidmatan penginapan apartment yang lengkap dengan tempat riadah taman air yang eksklusif dan sesuai untuk seisi keluarga. Malahan, resort ini juga terletak bersebelahan dengan Magic 3D Art Museum Melaka yang menempatkan pelbagai lukisan dinding 3D yang kreatif dan menarik.

Pendek kata, sambil merehatkan badan dan minda, kita juga boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik sepanjang bercuti di sini.

  • Apartment

Bayou Lagoon Park Resort ni mempunyai dua buah blok apartment yang menempatkan lebih kurang 506 buah unit kediaman. Kedua-dua buah apartment ini dibina menghadap taman air. Jadi, kita boleh menikmati pemandangan menarik di taman air setiap hari, siang dan malam.

Terdapat enam jenis penginapan yang ditawarkan iaitu Studio Room (2pax), Studio Room dengan jakuzi (2pax), Studio Room dengan view water park (2pax), 2 Bedrooms Apartment (4pax), 3 Bedrooms Apartment (6 pax) dan Penthouse (6 pax).

Kesemua bayaran untuk penginapan adalah termasuk sarapan pagi dan akses ke taman tema air. Kadar bayaran untuk setiap jenis penginapan pula adalah berbeza dan bergantung kepada musim percutian.

Untuk berbulan madu, sudah memadai anda memilih Studio Room. Jika datang dengan keluarga besar, sudah pasti apartment dua bilik atau tiga bilik adalah lebih sesuai dengan percutian anda.

Bilik yang dilengkapi dengan ciri-ciri moden kontemporari menaikkan lagi rasa puas hati bagi setiap pelanggan yang hadir ke tempat ini. Susunan katil, meja, kerusi televisyen sangat menarik dan selesa. Di sini juga turut disediakan kabinet dapur asas, peti ais mini serta cerek elektrik untuk kemudahan anda.

Jangan bimbang, WIFI juga ada disediakan untuk pengunjung. Selain tu, Bayou Lagoon Park Resort Melaka ini turut menyediakan beberapa kemudahan awam yang utama iaitu parking yang luas, lift di setiap apartment, 24 jam front desk, kolam renang dan juga restoran.

  • Water Park

Taman air memang menjadi tarikan dan tumpuan utama untuk setiap pengunjung yang bercuti di Bayou Lagoon Park Resort Melaka ini, tak kira kanak-kanak atau dewasa. Sebabnya di taman air ni terdapat pelbagai jenis permainan air yang fun and exciting seperti gelongsor air thrill, gelongsor air kanak-kanak, meriam air, dan lain-lain lagi. Selain itu, ada juga roller ball untuk anda berlari di atas air. Memang happening habis!

Berikut merupakan waktu operasi Bayou Lagoon Water Park untuk rujukan anda yang berminat nak ke sana nanti.

Hari biasa: Dibuka 9 pagi – 7 malam

Hari minggu & Cuti umum: Dibuka 8 pagi – 7 malam

 

  • Bayou Coffe House & Bayou Pool Cafe

Bab makan, jangan risau sebab di sini terdapat dua jenis outlet yang menyediakan pelbagai menu pilihan yang lazat dan menarik.

Bayou Coffee House menyediakan pilihan menu terbaik tempatan dan juga antarabangsa. Saiznya yang luas mampu memuatkan 350 pelanggan dalam satu masa.

Coffe House ini menawarkan hidangan buffet sarapan pagi dan beberapa pilihan hidangan antarabangsa dalam menu ala carte.

Bayou Pool Cafe pula terletak bersebelahan taman air. Konsep cafe terbuka ni sesuai untuk pelanggan yang mahukan suasana relax dan santai semasa makan. Outlet ni juga boleh memuatkan seramai 50 pelanggan dalam satu masa, dan menyediakan pelbagai jenis hidangan makanan ringan dan minuman.

  • Convention Hall

Bayou Lagoon Park Resort baru sahaja membina sebuah convention hall yang berukuran 23,680 kaki persegi yang terbahagi kepada dua buah hall iaitu Bayou Convention Centre 1 (theatre style) yang memuatkan maksima 800 orang manakala Bayou Convention Centre 2 maksima 600 orang. Jadi, Bayou Convention Centre merupakan pilihan ideal kalau nak adakan hari keluarga, perkahwinan, conference, konsert dan pameran.

  • Games Arcade Room

Setakat nak main video game car racing hinggalah bubble shooting, semuanya ada di sini. Sesuai untuk pengunjung yang gemarkan indoor activity. Jangankan anak-anak, bapa-bapa pun silap-silap boleh lepak di sini sampai malam.

  • Gym

Bagi anda yang pentingkan fitness, boleh singgah di gym yang dikhususkan untuk pengunjung. Peralatan yang disediakan cukup lengkap untuk anda melakukan sebarang rutin senaman yang diingini.

  • ATV

Jika dah puas mandi-manda, apa kata anda cuba pula aktiviti ATV. Menarik kan? Bayaran yang dikenakan juga sangat berpatutan iaitu RM10 sahaja. Dengan bayaran yang serendah itu, anda boleh menunggang ATV sebanyak dua pusingan di trek yang disediakan. Jangan bimbang… trek di sini tidak terlalu ekstreme.

  • Telematch session

Bayou Lagoon Park Resort ni sebenarnya flexible untuk mengadakan pelbagai aktiviti luar termasuk team bulding atau apa juga brainstorming activity di padang atau taman air. Kawasannya luas dan aktiviti padang untuk telematch session boleh memuatkan sehingga 1000 orang.

  • Magic 3D Art Museum

Bila bercuti di Bayou Lagoon Park Resort Melaka, memang tak lengkap kalau tak kunjungi Magic 3D Art Museum Melaka kerana ia terletak bersebelahan resort ini. Ia merupakan muzium 3D terbesar di Melaka.

Di Magic 3D Art Museum terdapat lebih kurang 55 buah lukisan dinding 3D pelbagai konsep. Kesemua lukisan 3D itu adalah lukisan tangan yang sangat ‘eye-catching’ dan memberikan impak ‘trick eye’.

Apa yang perlu anda lakukan jika masuk ke muzium ini ialah menggayakan aksi kreatif mengikut tema lukisan 3D tersebut. Pose, pose dan pose! Bayaran masuk ke Magic 3D Art Museum adalah RM28/pax untuk dewasa manakala kanak-kanak dan warga emas adalah RM22/pax.

Hah… terbaik kan?? Ini barulah namanya percutian! Jom ke Bayou Lagoon Resort Park Melaka!



Booking.com