INI ANTARA LOKASI FILEM JADI DESTINASI PELANCONG

on

Tarikan dunia hiburan amat luar biasa. Bukan hanya diri selebriti itu sahaja menjadi pujaan para peminat, bahkan sinematografi yang menarik membuatkan lokasi penggambaran drama atau filem itu turut menjadi buruan peminat.

Sebagai contoh, Pulau Nami di Korea Selatan. Sebelum 2002, amat sedikit orang asing yang kenal pulau itu tapi gara-gara drama bersiri Winter Sonata, Pulau Nami boleh dikatakan `lokasi wajib dikunjungi’ apabila ke Negara itu. Kini benteng pemecah ombak di Jumunjin, Gangneung (4 jam perjalanan dari Seoul) diserbu peminat dalam dan luar Negara selepas meledaknya drama Goblin.

Antara lokasi penggambaran drama hit Korea, Goblin

Iceland pula mula menjadi tumpuan pelancong setelah melihat keindahan pantai berpasir hitamnya yang digunakan dalam penggambaran sebuah lagu dalam filem Dilwale.

Keterujaan peminat untuk menjejaki lokasi yang digunakan dalam filem dan drama kegemaran mereka kini mewujudkan satu trend baru pelancongan. Mereka akan merakam gambar mengikut adegan yang dipaparkan, bahkan ada yang turut menyertakan cara-cara untuk ke tempat itu bagi memudahkan peminat lain.

Berikut adalah beberapa buah lokasi yang menjadi tarikan pelancong selepas dipaparkan dalam filem / drama;

Antara Lokasi penggambaran Lord of The Rings
  1. Matamata, Pulau Utara, New Zealand

Peminat filem rantaian Lord of The Rings tidak melepaskan peluang melawat perkampungan Hobbiton di Matamata, Pulau Utara, New Zealand. Taman Negara Tongariro, Gunung Ngauruhoe (Gunung Doom dalam filem itu) turut dikunjungi pelancong.

Perkampungan Hobbit
  1. Kampung Matmata, Tunisia

Ingin melihat perkampungan Luke Skywalker semasa kecil dalam Star Wars Episode IV: A New Hope, kunjungilah Hotel Sidi Driss. Bilik-biliknya dikorek daripada batu pasir dengan seni bina tradisional Berber.

King’s Landing dalam Game of Thrones dan bandar kasino Canto Bight dalam The Last Jedi.
  1. Dubrovnik, Croatia

Bandar yang berdepan dengan Laut Adriati kini mempunyai banyak bangunan lama kurun ke-16 yang masih baik keadaannya. Ia dikenali sebagai King’s Landing dalam Game of Thrones dan bandar kasino Canto Bight dalam The Last Jedi.

Lokasi penggambaran filem Star Wars Episode V: The Empire Strikes Back
  1. Finse, Norway

Glasier cantik ini muncul sebagai planet ais, Hoth dalam Star Wars Episode V: The Empire Strikes Back. Kalau anda membelek buku tetamu di Hotel Finse 1222, anda boleh melihat tandatangan penerbit dan para pelakon filem itu yang menginap di sini, antaranya George Lucas, Carrie Fisher, Mark Hamill dan Harrison Ford.

Kereta api Hogwarts Express
  1. Scotland, UK

Walaupun filem Harry Potter adalah kisah khayalan, penggambarannya dilakukan di beberapa lokasi nyata di seluruh United Kingdom. Imej paling menarik ialah apabila kereta api Hogwarts Express melepasi Glenfinnan Viaduct serta Loch Eilt, kawasan sekitar Hogwarts dan lokasi kubur Dumbledore. Kedua-duanya terletak di Scotland.

Lokasi penggambaran filem Indiana Jones and the Last Crusade
  1. Petra, Jordan

Canyon of The Cresent Moon, tempat di mana Indiana Jones mencari Holy Grail dalam filem Indiana Jones and the Last Crusade, sebenarnya ialah Al Khazneh, sebahagian dari bandar batu Petra, Jordan.

  1. Hongchun, Wilayah Anhui, China

Dalam filem Crouching Tiger, Hidden Dragon, anda pasti ingat babak pertarungan menarik di pucuk-pucuk buluh. Hutan Buluh Anji ialah lokasinya. Filem itu turut memaparkan bandar berdekatan hutan ini iaitu bandar Hongchun. Bandar berusia 900 tahun ini mempunyai laluan-laluan air, jambatan dan rumah-rumah tradisi yang menarik.



Booking.com