Jadi Pelancong Bertanggungjawab

KATA orang masuk kandang harimau, mengaum. Pepatah ini sesuai digunakan jika kita melancong. Maksudnya apabila kita berada di tempat orang, adalah lebih baik jika kita cara tahu ada resam masyarakat setempat.

Sebagai pelancong yang bertanggungjawab kita harus memahami cara hidup masyarakat sesebuah negara. Percutian akan lebih indah jika kita dapat rasa pengalaman sebenar di tempat orang tanpa menimbulkan sebarang masalah.

Bagaimana untuk menjadi pelancong yang baik dan bertanggungjawab? Berikut beberapa perkara yang perlu diambil perhatian.

Belajar bahasa dan budaya tempatan

Tidak perlu menghadiri kelas bahasa asing. Cukup sekadar anda tahu beberapa patah bahasa tempatan seperti ‘hi’, ‘terima kasih’ dan ‘selamat datang’. Ucapan ringkas sebegini akan membuatkan penduduk tempatan lebih menghargai anda. Selain itu cuba faham budaya ringkas sesebuah negara. Sebagai contoh jika anda ke Jepun jangan lupa tunduk sebagai tanda hormat setiap kali bertegur.

Mematuhi peraturan

Setiap negara punya peraturan tersendiri apabila berada di tempat awam. Lakukan sedikit kajian tentang perkara ‘do and don’t’ di sesebuah negara. Sebagai contoh ada negara yang tidak membenarkan merokok di tempat awam. Peraturan pakaian atau larangan membawa kamera di tempat tarikan pelancong juga harus ambil tahu.

FOTO: UTUSAN.

Membeli produk tempatan

Industri pelancongan juga melibatkan perniagaan produk tempatan seperti makanan dan barangan kraftangan. Anda boleh membantu penduduk tempatan yang menjalanan perusahaan dengan membeli barangan mereka. Apa kata lupakan seketika retoran makanan segera dan cuba makanan tempatan.

Jangan terlalu asyik selfie

Memang benar kita mahu merakamkan sebanyak mungkin gambar kenangan. Jika terlalu asyik bergambar kita mungkin terlupa untuk belajar tentang sesuatu tempat. Biasanya tour guide akan bercerita destinasi yang kita tuju. Berikan perhatian untuk mendengar cerita yang mungkin tidak diketahui oleh Mr. Google.

Pergi tempat tarikan pelancong

Ada yang melancong semata-mata untuk shopping. Seronok jika dapat apa yang kita inginkan. Tetapi adakah berbaloi jika ke negara orang sekadar membeli-belah? Luangkan sedikit masa untuk ke tempat-tempat tarikan pelancong seperti bangunan bersejarah, muzium atau sebagainya.



Booking.com