Jakel Ostia Bangi Kini Dibuka!

Berita baik bagi para peminat fabrik Jakel dan pakaian serta tudung Ariani di sekitar Bandar Baru Bangi dan kawasan berhampiran.  Jakel baru sahaja membuka Gedung Tekstil Jakel yang ketiga terbesar di kawasan Lembah Klang bertempat di Ostia Bangi, bersebelahan plaza tol Lebuhraya Utara-Selatan Bangi.

Sempena pembukaan gedung tekstil terbaru tersebut, Jakel menawarkan promosi istimewa berupa Harga Runtuh! Dengan potongan harga sehingga 85 peratus. Paling menarik, Jakel turut menghadiahkan satu ribu pasang kain percuma kepada para pengunjung awal selama empat hari bermula Khamis sehingga Ahad (25 hingga 28 Januari lalu).

Gedung Tekstil Jakel terbaru ini berkeluasan 250 ribu kaki persegi, menawarkan segala kelengkapan hiasan rumah termasuk permaidani, himpunan fabrik pelbagai harga dan kualiti serta koleksi tudung Ariani yang terbaru.

Bagi memeriahkan suasana majlis pembukaan gedung tersebut, Jakel telah membawa tetamu kehormat Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk turut serta merasmikan Galeri Ariani dan seterusnya pembukaan Gedung Tekstil Jakel.

Foto: Utusan



Booking.com