Jelajah dan Teroka Taman Negara Mulu, Sarawak

TAMAN Negara Mulu, Sarawak adalah sebuah lokasi yang wajib dikunjungi bagi mereka yang gemar aktiviti mendaki dan mahukan satu kelainan dalam percutian. Tempat ini kaya dengan keunikan tersendiri dan keindahan biodiversiti.

Salah satu persinggahan yang boleh diterokai ialah Gua Rusa yang mempunyai saluran gua terbesar di dunia. Perjalanan ke gua ini sejauh 3 kilometer menyusuri plank walk. Gua ini mempunyai keluasan 2 kilometer panjang serta 90 meter tinggi dan lebar. Manakala kebuk utamanya pula mempunyai lebar 174 meter dan tinggi 122 meter.

Sebuah formasi berupa wajah bekas Presiden Amerika Syarikat, Abraham Lincoln mnejadi satu keistimewaan di gua ini. Selain itu terdapat jutaan kelawar daripada kira-kira 12 spesies mendiami gua tersebut iaitu rekod terbesar direkodkan di dunia.

Jika ke sini pengunjung juga boleh ke Gua Lang yang terletak kira-kira 100 meter dari Gua Rusa. Gua Lang lebih kecil namun mempunyai formasi batu yang sangat menarik. Sekitar jam 5 hingga 6.30 petang, pengunjung boleh melihat hampir tiga juga kelawar keluar dari gua tersebut untuk mencari makanan.

Jutaan kelawar keluar untuk mencari makan.

Tidak lengkap kunjungan ke sini jika tidak mendaki Gunung Mulu yang mempunyai ketinggian 2 377 meter. Jarak laluan mendaki adalah 24 kilometer sehala da memerlukan masa tiha hingga empat hari untuk perjalanan pergi dan balik.

Puncak Pinnacles turut menjadi lokasi menarik untuk singgah. Masa perjalanan untuk naik dan turun memakan masa selama 10 jam. Puncak ini mempunyai ketinggian 1 200 meter dan permandangan tatkala sampai dipuncak sangat berbaloi.

INFO & FOTO: UTUSAN



Booking.com