Jelajah Lokasi Menarik South Island, New Zealand

NEW ZEALAND sememangnya negara yang cukup terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan gunung-ganang yang memukau. Pengembaraan ke sekitar South Island tidaklah memakankan kos tinggi seperti yang ramai orang fikirkan.

Berikut beberapa lokasi menarik untuk singgah jika anda ke sana. Cerita dan gambar dikongsikan oleh Ain Syazana Jamaluddin dan pernah disiarkan dalam majalah Hijab Fesyen (terbitan Utusan Karya Sdn Bhd).

Lake Tekapo

Serpanjang perjalanan ke sini, anda akan disajikan dengan pemandangan yang cukup indah. Jadi rugi jika anda terlelap di dalam kereta. Hayati dan nikmati sepenuhnya apa yang ada di sekeliling anda. Jika datang pada musim sejuk, keseluruhan tasik akan kelihatan putih.

Steepest Road, Dunedin

Steepest Road yang terletak di daerah Dunedin merupakan kawasan kediaman paling curam seperti yang dicatatkan dalam Guinness World Records. Anda dapat melihat keunikan rumah-rumah yang dibina di sana. Sukar untuk bayangkan bagaimana mereka membina kediaman di kawasan curam tersebut.

Nugget Point Lighthouse

Tenangkan minda seketika apabila tiba di Nugget Point Lighthouse. Rumah api ini merupakan salah satu kawasan bersejarah kerana ia dibina pada tahun 1869. Apa yang menarik di sini pastinya pemandang luas lautan yang terbentang. Bayu laut dan bunyi desiran pantai akan membuatkan anda lupa segala masalah.

Queenstown

Apa boleh buat kalau dah sampai Queenstown? Salah satu aktiviti riadah yang popular di sini ialah Skyline Luge. Anda boleh menyewa gendola untuk menikmati panorama sekitar bandar tersebut pada ketinggian 800 meter. Leboh menarik jika sampai pada waktu matahari terbenam.

Roy’s Peak

Kepada mereka yang suka dengan aktiviti mendaki gunung, jangan lepas peluang untuk ke Roy’s Peak. Segala penat akan hilang tatkala anda sampai ke puncak.

 



Booking.com