Jeti runtuh di Pulau Anak Tikus

on
Taman Geoforest Kilim antara tarikan popular pelancong ke Pulau Langkawi. – Gambar hiasan.

 

Sekumpulan pensyarah dan penuntut Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berdepan detik cemas apabila 12 orang daripada mereka terjatuh ke dalam laut apabila sebuah jeti konkrit di Pulau Anak Tikus, Langkawi roboh.

Para penyelamat mencari mangsa kejadian jeti roboh di Pulau Anak Tikus. – Gambar Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Dalam kejadian pada 29 Oktober itu, sekumpulan 40 pelancong termasuk kumpulan dari UMK baru tiba di jeti berkenaan pada pukul 1.50 petang.

Menurut Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Penguasa Bomba Zamani Ismail, seramai 12 mangsa mengalami kecederaan di mana seorang daripadanya parah pada pinggang.

Mereka yang cedera dibawa ke Jeti Kilim yang terletak kira-kira 9.2 kilometer dari jeti itu sebelum dihantar ke Hospital Langkawi untuk mendapat rawatan.

Sumber: Utusan Malaysia.



Booking.com