Kaji Semula Cukai – Datuk Mohamaddin Ketapi

MENTERI Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi menyebut akan mengkali semula keperluan pelaksanaan Cukai Pelancongan dalam memastikan ia tidak menjejaskan jumlah pelancong ke negara ini.

“Kalau kita letak cukai terlalu tinggi orang tidak akan mahu masuk ke negara. Tetapi sekiranya kita mengenakan cukai sederhana atau berpatutan, lebih ramai pelancong akan datang,” ujar beliau dalam sidang media pertama sebagai menteri.

Pelaksanaan cukai pada kadar RM10 bagi setiap bilik yang dicadangkan sebelum ini mendapat kritikan pelbagai pihak. Malah Persatuan Hotel Malaysia (MAH) telah menyarakan agar cukai tersebut dimansuhkan. Cukai Pelancongan yang berkuat kuasa pada 1 Sept 2017 itu mengenakan kadar rata RM10 untuk satu malam ke atas pelancong asing yang tinggal di hotel atau tempat penginapan yang berdaftar.

Dalam masa sama, beliau turut memberitahu akan mendapatkan pandangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sama ada ingin mengekalkan tahun melawat Malaysia pada tahun 2020 atau memilih tahun yang lain.

Beliau juga mencadangkan satu pertandingan mencipta logo Tahun Melawat Malaysia bagi mencari rekaan baharu yang lebih cantik.

Mohamaddin memulakan tugas selepas mengankat sumpah jawatan bersama 13 menteri Kabinet dan 23 timbalan menteri di hadpaan Yang di Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara pada 2 Julai lalu.

SUMBER: UTUSAN

 



Booking.com