Kawasan Paling Panas

ADAKAH anda tahu tempat yang mencatatkan suhu tertinggi di dunia? Adakah tempat yang panas ini boleh didiami atau tidak? WOWMalaysia senaraikan antara kawasan yang paling panas di dunia. Ada antaranya tidak boleh didiami. Jadi jangan berangan hendak ke sana.

Death Valley, California, Amerika Syarikat

Kawasan ini pernah mencatatkan suhu 56 darjah pada musim panas tahun 1913 dan keadaan ini sememangnya tidak sesuai untuk didiami manusia. Kini ia menjadi kawasan paling panas di bumi dengan purata suhu 47 darjah.

Aziziyah, Libya

Aziziyah pernah menjadi kawasan paling panas di dunia, namun ahli meteorologi kemudian mengesahkan catatan yang diambil pada tahun 1922 itu tidak tepat kerana dilakukan oleh pihak yang tidak berpengalaman. Suhu di kawasan ini mencecah 48 darjah pada pertengahan musim panas di sana.

Dallol, Ethiopia

Suhu harian di sini mencecah 41 darjah setiap hari seperti yang direkodkan dari tahun 1960 hingga 1966. Dallol menjadi tempat paling panas yang didiami manusia. Kawasan sekitarnya banyak terdiri daripada formasi garam, air panas berasid dan gas geyser.

Wadi Halfa, Sudan

Bulan Jun merupakan waktu paling panas di Wadi Halfa dengan suhu purata 41 darjah. Suhu paling panas pernah dicatatkan ialah 53 darjah pada April 1967.

Dasht-e Loot, Iran

Kawasan padang pasir ini bukanlah tempat yang boleh didiami manusia kerana suhu permukaan pernah dicatatkan setinggi 70.7 darjah.  Ia adalah permukaan yang paling panas di bumi.

Tirat Zvi, Israel

Tirat Zvi pernah mencatat suhu paling panas di Asia pada jun 1942. Namun rekod tersebut dipersoalkan kerana bacaan termometer yang tidak betul. Purata suhu di kawasan ini adalah sekitar 37 darjah.

Timbuktu, Mali

Walaupun ketika musim sejuk, Timbuktu mencatatkan suhu sehingga 30 darjah. Purata suhu kawasan yang terletak di selatan Sahara ini adalah sekitar 49 darjah.

Kebili, Tunisia

Padang pasir Kebili sangat terkenal sebagai lokasi penanaman pokok tamar berkualiti tinggi. Suhu sekiktar kawasan ini mencecah 40 darjah ketika musim panas dan pernah mencatatkan suhu setinggi 55 darjah.

Ghadames, Libya

Sebuah tempat peninggalan yang dibina daripada lumpur di kawasan ini menjadikan ia sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Kawasan ini menjadi tempat pelindungan 7 000 penduduk daripada cuaca panas. Tempat ini turut dikenali sebagai Mutiara Padang Pasir dan purata suhunya sekitar 40 darjah.

INFO: INDEPENDENT

 

 



Booking.com