Keajaiban Lake Lucerne dan Banjaran Alpine dari Burgenstok Hotel

Mungkin anda pernah dengar akan keindahan Lake Lucerne di Switzerland. Sekiranya anda berpeluang melancong ke negara bergunung-ganang dengan liputan salji memutih ini, singgahlah sekejap untuk menikmati keajaiban Lake Lucerne.

Bertambah menarik, kini sebuah pusat peranginan baru sahaja dibuka bagi memudahkan pelancong bermalam sambil bersantai di hadapan tasik yang tenang lagi cantik bak poskad ini.

Walaupun baru dibuka, Burgenstock Resort Lake Lucerne telahpun menerima anugerah kedudukan pertama dalam ranking hotel Switzerland dalam kategori ‘Best Wellness Hotel’ dan `Newcomer of the Year’.

Burgenstock Hotel & Alpine Spa yang bertaraf lima bintang boleh dianggap gambaran kemewahan, membuatkan tetamunya sentiasa dalam keasyikan dan keterujaan!  Pusat peranginan ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan demi keselesaan para tetamunya.

foto: premium switzerland

Kolam renang infiniti yang terletak 500 meter dia atas paras Lake Lucerne, di samping zon basah yang luas dan Serenity Room yang menjanjikan panorama Alpine yang unik sepanjang hari dan malam. Selain itu, pengunjung juga diberi pilihan Spa Peribadi dan Spa Wanita bagi menjamin ruang individu yang maksimum.

foto: the luxury spa edit

Bukan sahaja spa bertaraf eksklusif bahkan setiap billik tetamu ibarat oasis kemewahan dengan pemandangan tasik biru lagi mendamaikan, memantulkan bayangan alam semula jadi atas permukannya. Sepasang tab mandian diletakkan bersebelahan tingkap, pendiang api, mandian hujan dan koleksi mandian haruman jenama Bulgari…

Burgenstock Resort Lake Lucerne turut dilengkapi lapan restoran, dua spa dan pusat perubatan bagi memenuhi keperluan para tetamu yang terdiri dari pelbagai bangsa dan negara.

Perjalanan ke Burgenstock Resort, Lucerne

Dari Lapangan Terbang Zurich –  Zurich HB (kereta api) anggaran perjalanan 10 minit

Zurich HB – Lucerne: Anggaran perjalanan 45 minit menggunakan kereta api

Lucerne – Kehrsiten: Menaiki feri, anggaran perjalanan 25 minit

Kehrsiten – Burgenstock Resort: Menggunakan funicular 5 minit.



Booking.com