Keindahan Air Terjun Penyel Di Belantara Sg. Siput, Perak

Tahukah anda di Sg. Siput, Perak terdapat banyak perkampungan orang asli? Salah satunya ialah perkampungan orang asli Pos Yum.

Pos Yum merupakan sebuah perkampungan orang asli suku Temiar. Ia terletak lebih kurang 60 kilometer dari pekan Sungai Siput, Perak. Jarak masa perjalanan sekitar 1 jam 20 minit melalui jalan raya berbukit-bukau.

Pos Yum terletak di tanah tinggi Banjaran Titiwangsa, dan berada lebih kurang 600 meter dari paras laut. Jika dilihat di atas peta, kawasan ini berada tidak jauh dari sempadan Perak-Kelantan, berhampiran Gunung Yong Belar.

Jika dahulu nak masuk ke sini memang cukup susah dan jauh. Hanya kenderaan pacuan empat roda yang mampu masuk.
Pada awal tahun 2018 jalan raya bertar telah dibina menghubungkan perkampungan orang asli di sekitarnya.
Paling hujung adalah POS Kuala Mu, dan 7 km sebelum sampai ke Kuala Mu ada persimpangan menuju ke POS Yum.

Suatu kawasan lembah yang tenang di Pos Yum, di sinilah terletaknya  sebuah air terjun yang sangat cantik, iaitu Air Terjun Penyel.

Secara tepatnya, air terjun ini terletak di Kg Orang Asli Pendeq, Pos Yum, dalam daerah Sg Siput Utara, Perak.

Tetapi adalah dinasihatkan untuk ke sini perlu gunakan kenderaan yang tahan lasak dan berkemampuan kerana jalan bukit-bukaunya boleh tahan ekstreme.
Lagi satu perkara yang paling penting ialah isi minyak penuh tangki. Kalau boleh bawa minyak spare kerana anda tak akan jumpa stesen minyak sepanjang laluan ini.

Untuk sampai ke sini, dari pekan Sungai Siput anda hanya perlu mengikut papan tanda ke Felda Lasah, Lintang, Bawong atau Kuala Mu. Terus sahaja, dan sebelum sampai ke penghujung anda akan jumpa Pos Perwor, RPS Legap dan destinasi yang ditujui iaitu Pos Yum.

Dari jalan utama Pos Yum anda perlu berjalan kaki ke Kampung Pendeq, seterusnya  jungle trekking untuk sampai ke lokasi air terjun. Jangan risau… kepenatan anda pasti berbaloi apabila melihat keindahan Air Terjun Penyel ini. Betapa indahnya ciptaan Tuhan.

Adalah dinasihatkan untuk bergerak awal jika hendak ke Pos Yum kerana jalannya agak suram jika hari hujan atau pada waktu petang.

Kredit gambar: Yayasan Al-Khalifah

Nota: Yayasan Al-Khalifah merupakan satu pertubuhan yang ditubuhkan untuk membantu projek kemanusiaan di perkampungan Orang Asli di seluruh negara. Ia merangkumi projek dakwah, bimbingan dan kaunseling, bantuan kemanusian serta sokongan moral.

Sumbangan boleh dibuat kepada akaun Maybank:

AL-KHALIFAH FOUNDATION / 5640 1611 8396 



Booking.com