Kelana Menelusuri Jejak Penyair Matsuo Basho

`SEEK not to follow in the footsteps of wise men of old, but seek what they sought’ – Matsuo Basho.

Matsuo Basho ialah penyair haiku yang tersohor diJepun pada zaman Edo (kurun ke-17). Dalam puisi travelog klasik beliau yang terkenal, Oku-no-hosomichi (Jalan sempit jauh ke utara), Basho menceritakan pengalamannya berkelana di bahagian utara Jepun.

Kini, kalau anda melancong ke Negara Matahari Terbit itu, anda boleh menelusuri pengalaman Basho mengembara di wilayah Tohoku di utaraJepun yang mempunyai budaya yang tersendiri serta penduduk yang peramah.

Pakej pengembaraan ini ditawarkan oleh pengendali pelancongan berjalan kaki yang terkemuka, Walk Japan, dalam pakej terbarunya, Self-Guided Basho Wayfarer (Kelana Basho Berpandu Sendiri).

Ini merupakan cara yang menarik untuk melancong. Lawatan berpandu sendiri Walk Japan memberi kebebasan kepada pelancong untuk mengembara sendiri dengan bebas dan selesa, pada masa yang sama mereka akan berasa yakin bahawa bantuan boleh diperoleh bila-bila masa 24 jam sehari.

Hojinnoie, satu-satunya rumah penginapan di mana Basho pernah bermalam yang masih ada.
Sebuah tempat pemujaan di tepi air terjun.

Sebuah tempat pemujaan di tepi air terjun.
Perarakan yang sarat budaya.

Self-Guided Basho Wayfarer mempunyai panduan terperinci yang mudah diikuti. Setiap hari, perjalanannya ialah antara 5 hingga 14 kilometer sehari, dengan ketinggian antara 100 – 400 meter. Bagaimanapun, pelancong boleh menentukan sendiri sejauh mana mereka ingin berjalan setiap hari, mengikut kemampuan sendiri.

Perarakan yang sarat budaya.
Mengangkat tempat pemujaan.

Ginkonji.


Booking.com