Keraian Berkembar: The Centre & Iskandar Malaysia

PADA tahun lepas, Johor Premiums Outlets (kompleks membeli-belah jenama eksklusif pada harga diskaun) bekerjasama dengan Iskandar Malaysia (IM, koridor ekonomi selatan negara) bagi menganjurkan acara istimewa sambutan ulang tahun masing-masing. Iskandar Malaysia menyambut ulang tahun ke 10 (IM10) penubuhannya sementara Johor Premium Outlets meraikan ulang tahun ke5. Kejayaan dan pembangunan kedua-dua organisasi berkenaan sebagai penyumbang utama pada ekonomi negeri Johor sepanjang beberapa dekad lalu.

Johor Premium Outlets (the Centre) merupakan antara projek pertama Iskandar Malaysia khususnya dalam sektor pelancongan. Kejayaan the Centre dalam rantau Asia Tenggara telah mengukuhkan kedudukan Iskandar Malaysia dalam peta peruncitan sejagat. Malah kompleks membeli-belah eksklusif tersebut dianggap tarikan utama dalam Iskandar Malaysia yang menyokong aspirasi lokasi pilihan untuk berkeluarga, bekerja, melabur dan berlibur.’

Majlis sambutan ulang tahun kelima jualan diskaun Johor Premium Outlets dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Ismail Ibrahim, Ketua Eksekutif Iskandar Regional Development Authority. Johor Premium Outlets diwakili oleh Ketua Pegawai Operasi Genting Simon Sdn Bhd,  Jean Marie Pin Harry. bermula awal Acara memotong kek turut diadakan bagi meraikan kejayaan dan kecemerlangan Iskanda Malaysia serta sebagai simbol kolaborasi antara Johor Premium Outlets dengan Iskandar Malaysia.

Sempena sambutan ulang tahun berkembar tersebut, Johor Premium Outlets mengadakan jualan penjimatan sehingga 90 peratus bermula awal  Disember sehingga ke penghujung tahun! Dalam tempoh tersebut, para pengunjung menikmati penjimatan pembelian pelbagai produk dan jenama yang ditawarkan lebih daripada 130 kedai terpilih di situ. Demi kepuasan para pengunjung, the Centre turut memanjangkan waktu membeli-belah dari 10 pagi hingga 12 malam sepanjang empat hari sambutan ulang tahun berkenaan.

Selain itu, pelbagai acara dianjurkan termasuk pelbagai promosi, aktiviti dan pertandingan untuk perhatian para pengunjung. Antara tarikan para pengunjung ialah pemberian ais krim, kopi dan teh ‘ice-blended’ dan ‘frozen yogurt’ kepada 250 pengunjung pertama beratur yang bertuah. Maka, kafe-kafe kegemaran ramai seperti Baskin-Robbins, Starbucks Coffee, TCBY Frozen Yogurt dan The Coffee Bean & Tea Leaf menjadi tumpuan dan serbuan para peminat mereka.

Bagi menyuntik kecerian musim cuti, para pengunjung the Centre turut berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik termasuk pakej percutian, baucer hadiah Johor Premium Outlets dan tiket-tiket Legoland Malaysia menerusi acara pertandingan ‘Shop & Win’.



Booking.com