Kilauan Mewah Swarovski Telekung SK

on

Sekiranya tudung sudah ditaburi dengan kilauan kristal Swarovski, kini giliran telekung pula disinari kristal mewah ini. Telekung Siti Khadijah baru sahaja melancarkan koleksi terhad telekung bertatah kristal Swarovskiyang dinamakan Telekung CSLE – Crystal Swarovski Limited Edition.

Ini merupakan kolaborasi pertama jenema telekung eksklusif ini dengna jenama antarabangsa Swarovski.

Anda diberi pilihan dua warna telekung iaitu ‘teal green’ dan ‘burgundy’ dengan taburan kristal Swarovski berbentuk bunga kecil di bahagian depan telekung agar tampil minimalis dan tidak terlalu menonjol.

Konsep taburan kristal tersebut merupakan apresiasi bersifat peribadi, tambahan pula bagi mengelak gangguan tumpuan Jemaah lain semasa beribadat. Telekung diperbuat dariapda fabrik ‘cotton-feel spun’ polister yang nyaman dan tidak jarang.

Selain itu, Telekung CLSE Siti Khadijah terbaru ditawarkan dalam tiga pilihan saiz klasik pada bahagian muka iaitu S (58sm), M (60 sm) dan L (62 sm). Sementara ukuran telekung pula labuh hadapan 117 sm; labuh belakang 122 sm serta ukuran kain 135 sm labuh dan lebar 80 sm. Telekung CLSE berharga RM399 sepasang dan boleh dibeli di butik Siti Khadijah dan secara on line di www.sitikhadijah.com bermula 8 Jun 2018.



Booking.com