KLIA bakal bergema dengan tarian zapin

Pada 23 Disember ini, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bakal bergema dengan kerancakan tarian zapin. Sempena Festival Zapin Terbuka Belia Malaysia 2017, persembahan kebudayaan senitari tradisional yang julung kali diadakan ini akan menghiburkan para pengunjung KLIA terutamanya pelancong tempatan dan luar negara sebagai salah satu lagi usaha mempromosikan Malaysia.

Majlis Sidang Akhbar Malaysia Airports dan Majlis Belia Malaysia sempena Festival Zapin Terbuka Belia Malaysia 2017

Selain mewujudkan suasana ceria di lapangan terbang, festival ini memberi peluang kepada golongan belia berusia antara 18 hingga 40 tahun untuk mempersembahkan bakat senitari yang berasal dari Johor ini. Festival Zapin Terbuka Belia Malaysia 2017 ini berkonsep pertandingan dimana 20 pasukan terdiri daripada lapan hingga 10 peserta akan bertanding.

Festival Zapin Terbuka Belia Malaysia 2017 menawarkan hadiah-hadiah menarik berupa wang tunai RM5,000.00 bagi Johan; RM3,000.00 untuk Naib Johan dan RM1,000.00 untuk tempat ketiga. Selain itu, kesemua pemenang berkenaan akan menerima hadiah iringan.

Pengurus Besar Komunikasi Korporat Malaysia Airports, Nik Anis Nik Zakaria pada Majlis Sidang Akhbar Festival Zapin Terbuka Belia Malaysia 2017.
Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia, Ahmad Saparudin Yusup.

Pertandingan ini turut menawarkan dua hadiah tambahan iaitu Koreografi Terbaik (hadiah RM500.00 beserta hadiah iringan) dan Busana & Tatarias Terbaik (hadiah RM500.00). Sementara itu, peserta yang lain akan menerima hadiah wang tunai RM500 dan hadiah iringan.

Kepada mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan Festival Zapin Terbuka Belia Malaysia 2017 ini sila hubungi Ajaq di whatsapp/telefon +60163448717. Tarikh tutup penyertaan ialah 18 Disember 2017.



Booking.com