KLIA ke 12 di Dunia Paling Banyak ‘Transfer’

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berada di kedudukan ke-12 daripada 20 lapangan terbang paling banyak ‘transfer’ di seluruh dunia, menurut Indeks Megahub Antarabangsa OAG 2018. Sementara untuk rantau Asia Pasifik, KLIA menduduki tempat ke-3.

Indeks OAG menyenaraikan kedudukan lapangan terbang mengikut nisbah paling tinggi bagi sambungan antarabangsa (transfer) yang dijadualkan dengan jumlah destinasi disediakan.

Mengikut senarai indeks OAG lagi, Changi Singapura berada di tempat kelapan, Soekarno-Hatta Jakarta (Indonesia) di tempat ke-10 serta Hong Kong di tempat ke-13 dan akhir sekali, Suvarnabhumi Bangkok di tempat ke-14.

Dalam kategori Megahub Tambang Murah Antarabangsa pula, KLIA, Soekarno-Hatta dan Changi Singapura mengekalkan tempat tiga teratas di peringkat global. Penyeneraian ini berdasarkan pembangunan infrastruktur lapangan terbang tambang murah, pengembangan rangkaian laluan serta pertumbuhan kapasiti tempat duduk.

Apapun, tumpuan kini akan beralih pada pembukaan lapangan terbang paling besar tahun 2019 iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Daxing.

Sumber: Utusan Malaysia



Booking.com