Konsert Ambang Merdeka Sayangi Malaysiaku 2018 Rai Rakyat Malaysia

SEBUAH konsert yang diberi nama Sayangi Malaysiaku Countdown Concert 2018 bakal berlangsung pada 30 Ogos ini bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Konsert anjuran Union Works Asia Sdb Bhd itu merupakan sambutan ambang merdeka sempena Hari Kemerdekaan ke-61.

Seramai 23 orang artis tempatan bakal menjayakan konsert tersebut, Antara mereka ialah Datuk Zainal Abidin, Ella, Sakura Band, Necholas Teo, Hani and Zue, Resh, Hands Percussion serta ramai lagi. Dianggarkan seramai 10 000 pengunjung bakal memeriahkan malam tersebut.

Dalam masa sama, penganjuran ini juga bermatlamat meraikan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Secara tidak langsung, konsert sebegini dapat menyatukan rakyat pelbagai bangsa.

Sempena konsert ini juga pihak penganjur melancarkan baju tee bertemakan “Proud to be Malaysian yang terhad kepada 3000 helai setiap rekaan. Baju tersebut boleh dibeli secara atas talian menerusi laman Shopee bermula 31 Julai.



Booking.com