Kuala Lumpur Ibu Kota Buku Dunia 2020

Kuala Lumpur telah dinamakan sebagai Ibu Kota Buku Dunia untuk tahun 2020 oleh Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Dalam kenyataan di laman sesawangnya, UNESCO menyatakan pemilihan Kuala Lumpur adalah kerana tumpuan utama bandar raya tersebut pada pendidikan inklusif; usaha yang sedang dilakukan untuk membangunkan masyarakat berasaskan pengetahuan; serta kemudahan untuk penduduknya mengakses bahan-bahan bacaan.

Perpustakaan Negara Malaysia.

Dengan gelaran itu, bandar raya tersebut akan melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mempromosikan buku dan pembacaan selama setahun, bermula dari 23 April 2020 yang merupakan Hari Buku dan Hak Cipta Dunia.

Program sepanjang tahun itu, yang membabitkan penganjuran banyak acara khas, akan dikenali sebagai KL Baca.

`KL Baca – Penyayang Menerusi Pembacaan’ (KL Baca – Caring Through Reading) akan memfokuskan kepada empat tema: pembacaan dalam apa jua bentuk; pembangunan infrastruktur industri buku; pemasukan dan kebolehsampaian (accessibility) bahan bacaan; dan pengupayaan kanak-kanak melalui pembacaan.

Manakala antara acara dan aktiviti yang dirancangkan ialah pembinaan Kompleks Kota Buku; kempen membaca untuk pengguna tren komuter; peningkatan perkhidmatan digital dan akses untuk orang kelainan upaya oleh Perpustakaan Negara Malaysia serta perkhidmatan digital baru untuk 12 buah perpustakaan di kawasan perumahan miskin di Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur merupakan kota ke-20 yang menerima gelaran tersebut sejak 2001. Antara bandar yang pernah menerima gelaran itu ialah Madrid (2001), Montreal (20005), Turin (2006), Amsterdam (2008), Bangkok (2013), Incheon (2015), Athens (2018) dan Sharjah (2019).

Sumber: Bernama



Booking.com