Larian Promosi Filem KAALA

Anda peminat Rajinikanth? Apa kata anda sertai `Larian Mass – Rajinikanth Kaala’ yang bermula di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 1 April 2018 ini.Program anjuran DMY CREATION dengan kerjasama Marathon MY itu diadakan bagi mempromosikan filem Kaala versi Tamil yang akan ditayangkan di pawagam seluruh Negara pada April ini.

PRAKASH (dua dari kanan) bersama penganjur dan penaja `Larian Mass – Rajinikanth Kaala’ pada 1 April ini.

Jurucakap urus setia larian, G. Prakash berkata, seramai 2,000 orang peserta dijangka menyertai larian sejauh lima kilometre yang membabitkan enam kategori, antaranya kategori Terbuka, Veteran dan Antarabangsa.

Tambahnya, penyertaan untuk larian itu masih dibuka kepada orang ramai. Para peserta akan menerima baju larian, pingat dan sijil penyertaan.

Penganjur menyediakan wang tunai dan piala untuk pemenang tempat pertama hingga ke-10 untuk setiap kategori sebagai motivasi. Hadiah keseluruhan wang tunai yang ditawarkan berjumlah RM15,000.

“Bagi memeriahkannya, orang ramai turut berpeluang merebut hadiah cabutan bertuah yang disediakan. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 25 Mac ini,’’ katanya pada majlis penyerahan tajaan yang membabitkan 100 Plus, Nada Capital Berhad, Aroma Village dan Turbo Turbine Engineering Sdn. Bhd.

Butiran lanjut, termasuk urusan pendaftaran, boleh didapati di laman web www.kaalarun.com.



Booking.com