Malaysia Dalam Senarai Power Ranking WTTC

Sempena World Tourism Day, satu senarai Power & Performance Report telah dikeluarkan oleh World Travel & Tourism Council (WTTC). Senarai tersebut meletakn kedudukan negara yang memperoleh pendapatan tertinggi menerusi industri pelancongan.

Ia menggabungkan pendapatan kasar (GDP), perbelanjaan pelancong luar, perbelanjaan pelancong dalam negara dan modal pelaburan dalam tempoh tujuh tahun (2011-2017). Senarai ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu Power Ranking dan Performance Ranking.

Malaysia tersenarai di kedudukan ke-13 dalam Power Ranking yang melihat kepada pertumbuhan mutlak pelancongan bagi tujuh tahun tersebut. Berikut adalah senarai negara dalam Power Ranking :

  1. China
  2. Amerika Syarikat
  3. India
  4. Mexico
  5. United Kingdom
  6. Sepanyol
  7. Turki
  8. Kanada
  9. Indonesia
  10. Australia
  11. UAE
  12. Thailand
  13. Filipina
  14. Malaysia
  15. Sweeden

Sementara itu bagi Performance Ranking pula senarai dibuat menerusi peningkatan peratusan pertumbuhan industri pelancongan yang dinilai menggunakan empat indkator sama. 10 negara yang menduduki senarai teratas adalah :

  1. Myanmar
  2. Iraq
  3. Georgia
  4. Rwanda
  5. Iceland
  6. Nicaragua
  7. Qatar
  8. Congo
  9. Armenia
  10. Ivory Coast


Booking.com