Malaysia Yakin Capai Sasaran 33.1 Juta Pelancong Pada 2018

on

Malaysia yakin mampu mencapai sasaran 33.1 juta pelancong pada tahun ini dengan jangkaan kehadiran pelancong lebih ramai dari Jepun dan negara-negara pasaran utama lain.

Menurut laman sesawang Tourism Malaysia, kehadiran pelancong itu dianggar memberikan pendapatan kira-kira RM134 bilion.

Jumlah ketibaan pelancong ke Malaysia pada 2017 ualah 25.9 juta, yang menyumbang pendapatan berjumlah RM82.2 bilion.

Pengarah Kanan Bahagian Promosi Antarabangsa Asia/Afrika, Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusof berkata, Singapura, Indonesia, China, Brunei dan Thailand adalah lima negara yang mencatatkan kehadiran pelancong paling ramai ke Malaysia pada tahun lalu.

“Promosi untuk menarik lebih ramai pelancong sedang dijalankan sekarang. Kita sedang menjalankan kempen taktikal menerusi inisiatif-inisiatif bersama dengan pengendali di Jepun untuk membawa pelancong ke Malaysia,’’ katanya kepada Bernama selepas perasmian Festival Pelancongan Yakei Jepun.

Sumber: Bernama.com

 



Booking.com