Manjakan Diri di Tanamera, Sri Lanka

Mencari tempat untuk berehat dan memanjakan diri? Cari tiket dan terbang ke Sri Lanka. Tempat yang perlu anda tuju ialah Tanamera di Talpe, kawasan pantai di barat daya negara itu.

Tanamera ialah sebuah villa persendirian yang menyediakan hospitaliti bertaraf lima bintang kepada anda.  Villa ini mempunyai pelayan yang bersedia memberi layanan penuh kepada tetamu.

Malah jika mahu, mereka boleh melayani anda bermula dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike di Colombo, yang terletak tiga jam perjalanan dari villa itu.

Di Tanamera, anda bakal mendapat privasi dan layanan istimewa. Taman yang dijaga rapi dengan pohon nyiur dan berdepan pantai sepanjang 110 meter. Jika lapar, ada private chef yang sedia memasak mengikut selera anda dengan menggunakan bahan-bahan tempatan yang segar serta meraikan cita rasa Sri Lanka.

Sekiranya ingin menyegarkan tubuh, ikuti sesi yoga semasa matahari terbit atau dapatkan khidmat tukang urut yang akan menggunakan kaedah Ayurveda dan Shiatsu untuk melegakan stres, menenangkan fikiran dan menyihatkan tubuh.

Tanamera mempunyai tiga bilik tidur, dua daripadanya bersaiz besar, dan mempunyai pemandangan menghadap Lautan Hindi. Manakala satu lagi sedikit kecil, tetapi mempunyai dua katil super single, dan menghadap taman yang hijau. Jadi, carilah teman-teman yang ingin memanjakan diri, kerana villa ini boleh diduduki sehingga enam tetamu.

Di sini anda dan teman-teman boleh meneroka kawasan di sekeliling. Jika mahu, ada pasukan yang boleh mengatur aktiviti dan lawatan; ke Tapak Warisan Dunia Galle Fort yang tidak berapa jauh dari villa, menaiki motosikal ke santuari burung, ladang teh dan kawasan sawah padi.

Villa ini juga sangat dekat dengan pantai-pantai tercantik di Sri Lanka seperti Pantai Mirissa dan Pantai Wijaya. Di sini anda boleh pergi berenang atau snorkelling. Anda juga boleh ke Estet Teh Handunugoda, Sanktuari Penyu Habaraduwa dan Pusat Pemeliharaan Gajah Udawalawe yang terletak tidak jauh dari sini.

Jika ingin ke Tanamera, anda perlu tinggal minimum tiga malam dan menempah secara private booking sahaja. Tanamera telah mengadakan kerjasama dengan Noel Rodrigo Leopard Safari, yang menawarkan pakej eksklusif:

Pakej 1: Menginap 3 malam atau lebih di Tanamera + 2 malam atau lebih di Noel Rodrigo Leopard Safari.

  • 1 malam percuma di Tanamera

Pakej 2: Menginap 4 malam atau lebih di Tanamera + 2 malam atau lebih di Noel Rodrigo Leopard Safari.

  • 2 malam percuma di Tanamera

– Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk keterangan lanjut: http://www.tanameraestate.com.



Booking.com