MAS Kurangkan 10 kg Bagasi Domestik Mulai 1 Ogos

on

Semua penumpang domestik kelas ekonomi MAS hanya boleh membawa bagasi seberat 20 kg secara percuma mulai 1 Ogos ini – kurang 10 kg daripada peruntukan sebelumnya.

Peraturan ini terpakai pada mereka yang menempah tiket pada atau selepas 1 Ogos 2018, dan hanya melibatkan penumpang kelas ekonomi.

Jadi pastikan berat bagasi anda tidak melebihi berat yang ditetapkan jika anda menggunakan perkhidmatan MAS untuk penerbangan dalam negara selepas tarikh tersebut.

Bagaimanapun, berat bagasi kabin masih dikekalkan pada 7 kg. Manakala perkhidmatan lain seperti sajian dan hiburan dalam penerbangan tidak terjejas.

Menurut kenyataan MAS yang dihantar kepada akhbar The Star, pengurangan berat bagasi ini selaras dengan peraturan di syarikat-syarikat penerbangan lain dan bagi memastikan harga yang kompetitif susulan kenaikan harga bahan api.



Booking.com