Masjid Cantik Seluruh Dunia

Apabila kita melawat sesebuah negara, bangunan cantik dan bersejarah adalah salah satu tarikan yang harus dikunjungi. Masjid seluruh dunia adalah contoh banguan bersejarah dan memaparkan binaan cantik yang mempersonakan.

Berikut adalah antara masjid tertua dan punya binaan cantik di dunia. Banyak lagi jika mahu disenaraikan mengikut negara. Namun ini antara yang sering menjadi bualan ramai.

Siapa sangka negara kita juga ada binaan masjid yang menjadi perhatian dunia.

Masjid Sheikh Lotfollah, Iran

Masjid ini terletak di daerah Isfahan, Iran. Ia mula dibina pada tahun 1603 dan siap pada tahun 1619 ketika pemerintahan Empayar Safavid. Pada asalnya masjid ini dibina sebagai tempat ibadah pihak pemerintah dan disebabkan itu ia tidak mempunyai menara seperti kebanyakan masjid lain.

Masjid Sheikh Zayed, UAE

Masjid yang terletak di Abu Dhabi ini boleh memuatkan seramai 40 000 jemaah dalam satu masa. Ia dibina ketika pemerintahan Presiden, Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan sebagai lambang perpaduan umat Islam dunia.

Masjid Zahir, Malaysia

Masjid Zahir terletak di Alor Setar, Kedah. Ia merupakan antara masjid tertua di Malaysia. Masjid ini mula dibina pada tahun 1912 ketika pemerintahan Almarhum Sultan Mahmud Ibni Sultan Tajuddin Mukarram Shah.

Masjid Kul Sharif, Rusia

Masjid ini dibina oleh seorang ulama Islam bernama Kul Sharif pada abad ke-16. Ia bagaimanapun musnah akibat perang dan mula dibina semula pada tahun 1996.

Masjid Xi’an, China

Masjid terbesar di China ini menggambarkan sejarah pengembaraan Islam ke seluruh dunia. Ia kini menjadi salah satu tapak bersejarah China dan menjadi tumpuan pelancong setiap tahun.



Booking.com