Mata Anda Lebih Segar

on

Pendedahan pada pendingin hawa yang lama boleh menyebabkan mata anda berasa kering dan tidak selesa. Misalnya semasa dalam kenderaan, sama da kereta mahupun pesawat, semasa dalam perjalanan bercuti. Tambahan pula ketika dalam pesawat, anda menonton program-program hiburan TV yang disediakan dari satu filem kepada yang lain tanpa henti, boleh membuatkan mata anda berasa letih dan lesu.

Ini disebabkan kulit keliling mata bukan sahaja bahagian paling nipis pada tubuh, ia juga sangat sensitif. Maka ia mudah meninggalkan kesan seperti gelung gelap bawah matam kelesuan dan garis-garis halus.

Untuk mengelakkan mata anda kelihatan lesu, gelap dan tidak ceria apabila sampai di destinasi percutian anda, cuba sapu lembut produk Icy Fresh Roll-On daripada Melvita.  Icy Roll-On bersifat organik bagi menenang sambil menyegarkan mata anda kerana ia mengandungi bahan utama air ‘cornflower’ yang mempunyai tekstur segar bak salju. Kesegarannya menjanjikan keselesaan dan kecegasan pada mata anda, sambil membantu mengelak terbentuknya gelung gelap keliling mata dan penampilan keseluruhan anda kelihatan lesu.

Dan anda juga boleh sapu Icy Roll-On pada sebelah malam sebagai produk penjagaan mata. Pasti percutian anda lebih sihat dan ceria!



Booking.com