Maya Bay Ditutup Akibat Rosak Teruk

AKIBAT tindakan pelancong yang tidak bertanggungjawab, Maya Bay di Thailand terpaksa ditutup untuk satu tempoh sehingga diberitahu kelak. Kawasan peranginan tersebut dikatakan rosak teruk apabila menerima kehadiran terlalu ramai pelancong.

Maya Bay mula menjadi perhatian ramai selepas ia menjadi lokasi penggambaran filem lakonan Leonardo DiCaprio berjudul The Beach. Pada tahun 2017 ia menerima kehadiran purata 5,000 pengunjung setiap hari yang datang dari Pulau Phi Phi, Phuket dan Krabi.

Penutupan Maya Bay yang bermula pada Jun lalu pada awalnya dijangka hanya untuk tempoh empat bulan sahaja. Bagaimanapun atas nasihat pakar, tempoh tersebut dijangka tidak dapat membaik pulih kerosakan ekosistem di sana.

Keputusan untuk menutup Maya Bay turut memberi kesan besar kepada ekonomi negara Thai kerana industri pelancong adalah penyumbang besar pendapatan negara.



Booking.com