‘Melaka Durian Street’: Musang King, Udang Merah & IOI harga bermula RM10 sekilogram

on

Musang King, Udang Merah, IOI, D13 dan D18 adalah antara jenis durian yang boleh didapati kalau anda berkunjung ke karnival Melaka Durian Street yang diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) bermula 17 Julai ini.

Penggemar durian seharusnya merebut peluang untuk menikmati raja buah ini pada karnival anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri Melaka itu jika mereka berkunjung ke bandar raya bersejarah itu.

Karnival ini diadakan selama 13 hari dan dibuka mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam. Durian-durian tersebut ditawarkan pada harga antara RM10 hingga RM35 sekilogram.Selain buah durian, buah-buahan bermusim lain seperti manggis, rambutan dan pulasan turut dijual pada karnival itu pada harga antara RM4 hingga RM8 sekilogram.

Sumber: Kosmo



Booking.com