Melaka Terima Anugerah OPCC

Negeri Melaka menerima Anugerah One Planet City Challenge (OPCC) anjuran Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF)  pada 12 September lalu!

Majlis penyampaian anugerah OPCC  yang berlangsung di San Francisco, Amerika Syarikat menyaksikan Melaka mengalahkan 132 bandar lain termasuk Yokohama (Jepun), Vancouver (Kanada), Uppsala (Sweden) dan Izmir (Turki).

Menurut Datuk Azmi Hussain, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Melaka merupakan bandar pertama di Malaysia yang menerima pengiktirafan OPCC. Anugerah OPCC hanya diberikan kepada bandar yang berjaya melaksanakan program mitigasi perubahan iklim.

Ini juga adalah satu bukti usaha MBMB menjadikan Melaka bandar raya hijau sambil mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 45 peratus menjelang tahun 2030 seperti yang disasarkan.  Antara usaha yang dilaksanakan termasuk program pengindahan Sungai Melaka, pemasangan 1,000 lampu diod pemancar cahaya (LED) serta kempen penanaman 15,000 pokok bunga.  Tidak hairanlah Melaka menjadi destinasi pilihan ramai untuk bercuti!



Booking.com