Melancong Musim Festival… Ramadan Jangan Dilupa!

APABILA kita telah menetapkan tarikh untuk melancong, apa kata cuba buat sedikit kajian mengenai tempat yang ingin dilawati. Jika bernasib baik anda mungkin dapat rasa pengalaman menyambut festival besar sesebuah negara. Jadi bolehlah anda buat sedikit persiapan sebelum melancong.

Diingatkan juga, pastikan tarikh yang anda pilih itu bukanlah cuti perayaan sesebuah negara kerana mungkin banyak kedai dan perkhidmatan dihentikan seketika.

Berikut antara festival besar yang biasa disambut oleh negara-negara Asia. Save the date!

SONGKRAN, THAILAND

Pesta Songkran di Thailand antara acara tahunan yang semakin menjadi tumpuan pelancong. Ia merupakan festival bagi menyambut tahun baharu dalam kalendar Buddha. Festival ini turut disambut di Laos, Kemboja dan Myanmar. Ia akan disambut pada awal bulan April setiap tahun.

Biasanya ketika festival berlangsung orang ramai akan berkumpul di jalanan dan menyiram air kearah orang lain. Jadi bersedia dengan pakaian dan peralatan yang sesuai. Dinasihatkan supaya semua peralatan elektronik seperti telefon pintar dimasukkan ke dalam sarung kalis air.

SAPPORO SNOW FESTIVAL, JEPUN

Bagi masyarakat Jepun, festival musim dingin yang popular di daerah Sapporo dikenali sebagai YukiMatsuri. Sekitar bulan Januari, sekitar bandar Sapporo akan meriah dengan pelbagai ukiran ais dan ia turut disertai oleh agensi dari luar negara Jepun.

Persembahan kebudayaan bertemakan musim sejuk turut dipersembahkan buat pelancong. Jadi jika merancang ke Sapporo tahun hadapan, boleh tempah tiket penerbangan pada bulan Januari.Jangan lupa bawa baju tebal kerana cuaca sangat sejuk!

FESTIVAL HOLI, INDIA

Festival Holi diraikan masyarakat Hindu sebagai tanda menyambut musim bunga. Ia juga melambangkan kejayaan berbuat baik. Pada sambutan Hari Holi, orang ramai akan berkumpul sebagai tanda memaafkan dan memperbaiki hubungan.

Ketika pesta berlangsung, orang ramai akan berkumpul dan bergembira dengan nyanyian serta tarian keagamaan. Mereka juga akan membaling serbuk berwarna-warni kepada orang ramai. Jadi bersedia untuk kelihatan comot!

TET FESTIVAL, VIETNAM

Festival Tetadalah acara penting orang Vietnam. Ia merupakan tahun baharu kalendar lunar dan sebagai tanda berakhirnya musim sejuk. Biasanya festival ini berlangsung sekitar bulan Januari atau Februari setiap tahun.

Rumah dan premis perniagaan akan dihias dengan bunga-bunga indah sebagai tanda festival ini akan berlangsung. Aktiviti jalanan seperti persembahan muzik gong dan bunga api akan diadakan selama tempoh seminggu.

RAMADAN, MALAYSIA

Bulan Ramadan adalah bulan mulia buat muslimdi seluruh dunia. Bulan ini juga dianggap sebagai festival makanan di negara-negara yang majoriti penganut agama Islam. Jika melancong ketika bulan Ramadan, pasti rambang mata memilih makanan tradisi tempatan yang dijual pada waktu petang. Lazimnya pada sebelah malam pula banyak pasar malam dibuka untuk menjual kelengkapan hari raya.



Booking.com