Minat menari? Ingat 8 Mei ini!

Kalau anda dan rakan-rakan meminati bidang tarian, apa kata cuba nasib anda dalam Pertandingan Tarian Sukan Pola Lantai 2018 (Malaysia Floor Pattern Sport Dance Competition 2018) yang bakal diadakan di Lambang Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 8 hingga 12 Mei ini.

Kumpulan yang bertanding perlu mendaftarkan diri pada 18 April ini. Setiap kumpulan dianggotai 12 orang ahli yang perlu membuat persembahan selama 8 minit.

Pertandingan ini terbuka kepada pelajar sekolah rendah, sekolah menengah, pelajar universiti dan penari profesional. Selain itu, satu kategori baharu juga diperkenalkan iaitu busana terbaik.

Ia dianjurkan oleh Istana Budaya, dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini merupakan kali kedua Pertandingan Tarian Sukan Pola Lantai diadakan. Pada tahun lalu, sebanyak 40 kumpulan dari seluruh Malaysia menyertai pertandingan ini.

Maklumat lanjut mengenai pertandingan ini boleh didapati dengan menghubungi talian 03-4026 5555 (Hukama dan Marina).

Mereka yang berminat untuk menonton pertandingan ini boleh mendapatkan tiket yang berharga antara RM25 hingga RM100, yang boleh dibeli menerusi talian 03-2170 6333 atau melayari laman web www.istanabudaya.gov.my.

Sumber: Kosmo



Booking.com