MR.D.I.Y Kini Dalam Talian! Klik Jer!

WAH seronoknya membeli-belah di Mr.D.I.Y sekarang ! Klik jer dah boleh shopping barang-barang keperluan anda sekeluarga. Memang jimat masa dan jimat wang. Baru-baru ini, MR. D.I.Y melancarkan platform e-dagang , mrdiy.com.my yang menawarkan lebih 20,000 produk.

Menurut Ketua Pemasaran dan e-dagang Mr.D.I.Y, Andy Chin, pelanggan boleh menikmati penghantaran percuma ke rumah mereka di Semenanjung tanpa perbelanjaan minimun bagi setiap pesanan di bawah lima kilogram. Selain itu katanya, pelanggan juga boleh memilih perkhidmatan MR.D.I.Y Ekspres yang mana pembelian mereka akan dihantar dalam masa 24 jam dengan sejumlah bayaran dikenakan.

“Portal ini akan dapat memenuhi kehendak pasaran yang bergantung pada teknologi dan tidak berkesempatan untuk membeli-belah di kedai fizikal Mr. D.I.Y,” katanya yang turut memperkenalkan empat ciri utama laman web e-dagang MR.D.I.Y iaitu penghantaran percuma, MR.D.I.Y Express, Collect@MR.D.I.Y dan MR.D.I.Y Guarantee.

Majlis pelancaran  MR.D.I.Y. dalam talian mendapat sambutan hangat pengamal media sosial.

Peruncit perkakas rumah Mr. DIY menyasarkan membuka 300 kedai baharu di Asia Pasifik termasuk Thailand, Brunei dan Indonesia, selain 135 buah kedai lagi di Malaysia, menjadikan jumlah kedai Mr. D.I.Y di seluruh Malaysia sebanyak 500 buah.
Pelancaran portal atas talian mrdiy.com.my ini membantu kedai pilihan ramai ini mengukuhkan lagi kehadirannya di Malaysia dan Asia Pasifik.

Adibah Nor kekal sebagai duta MR.D.I.Y.

 



Booking.com