MTC Gold Award 2018 Iktiraf Penggiat Industri

MALAYSIA Tourism Council (MTC) sekali lagi menganjurkan MTC Gold Awards 2018 untuk mengiktiraf penggiat industri pelancongan dalam dan luar negara. Penganjuran kali kedua ini bakal berlangsung pada 10 Oktober 2018 bertempat di Palace of Golden Horses, Kuala Lumpur. 

Anugerah berprestij ini juga sebagai penghargaan buat individu dan organisasi yang banyak memberi sumbangan dalam pembangunan industri pelancongan Malaysia. 

Dalam masa sama ia dapat memberi galakan dan kesedaran kepada semua yang terlibat dalam industri pelancongan untuk meningkatkan pencapaian mereka sekali gus mewujudkan satu imej positif negara. 

Lebih 40 kategori anugerah bakal disampaikan pada mala tersebut melibatkan 27 kategori berbeza termasuk agro pelancongan, pendidikan, perubatan, seni & budaya, serta warisan. 

Majlis pra pelancaran anugerah ini telah berlangsung di Wow KL, Matic, Kuala Lumpur dan dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian, Seni & Budaya, Datuk Haslina Abdul Hamid. 

Dalam ucapannya, beliau memberitahu program sebegini sebagai salah satu sumber peningkataj ekonomi negara.

“Ini menunjukkan pihak MTC sentiasa menyokong perkembangan industri pelancongan agar sentiasa berdaya saing dan secara tidak langsung mampu meningkatkan ekonomi negara,” ujar beliau. 

Datuk Haslina (tiga dari kanan) ketika sidang media MTC Gold Award 2018.

Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Datuk Noor Zaleha Baharuddin serta Presiden Majlis Pelancongan Malaysia, Uzaidi Udanis.



Booking.com