Nak Tahu Bajet Backpacking di Eropah?

on
Zurich adalah bandar paling mahal untuk backpacker.

Mendengar cerita orang yang pernah kembara backpack di Eropah,  pasti anda pun teringin mengikut jejak mereka.

Kalau anda ada keinginan untuk mengembara sebagai backpacker di Eropah, Alpha Travel Insurance mengeluarkan senarai kos mengembara di 60 buah destinasi di Eropah. Kos tersebut termasuk kos  penginapan, dua perjalanan menggunakan pengangkutan awam, tiga sajian bajet, minuman dan satu tempat tarikan untuk sehari di setiap bandar tersebut.

Krakow.

Berikut ialah 10 buah bandar termurah di Eropah (kos sehari):

  1. Istanbul, Turki – £16.41
  2. Kiev, Ukraine – £20.04
  3. Krakow, Poland – £20.71
  4. Belgrade, Serbia – £21.25
  5. Bucharest, Romania – £21.75
  6. Sofia, Bulgaria – £24.44
  7. Budapest, Hungary – £25.14
  8. Sarajevo, Bosnia and Herzegovina – £26.04
  9. Riga, Latvia – £26.57
  10. Zagreb, Croatia – £27.16
Sarajevo.

Manakala 10 bandar paling mahal untuk dikunjungi pula ialah:

  1. Zurich, Switzerland – £92.47
  2. Venice, Itali – £87.63
  3. Oslo, Norway – £84.56
  4. Reykjavik, Iceland – £81.37
  5. Amsterdam, Netherlands – £76.68
  6. London, United Kingdom – £73.70
  7. Interlaken, Switzerland – £69.86
  8. Copenhagen, Denmark – £69.72
  9. Bergen, Norway – £69.61
  10. Stockholm, Sweden – £67.87
Bergen.


Booking.com