Nasi Perut Kambing di Dewan Perdana Felda

PENGALAMAN selama lebih 20 tahun menyediakan hidangan buffet Ramadan membuatkan Felda D’Saji antara yang sering menjadi perhatian ramai. Tahun ini lima cawangan Felda D’Saji iaitu Dewan Perdana Felda, Red Carpet Avenue, Orchard Villa,Tasik Titiwangsa dan Lake Cempaka Villa akan terus menghidangkan menu istimewa buat pelanggan.

Di Dewan Perdana Felda sendiri, tema Colours of Malaysia diangkat sebagai menu juadah berbuka. Antara menu utama ialah Nasi Dalam Perut Kambing, Citarasa Ramadan Warisan Melayu, Kambing Bakar Dengan 9 Rempah dan pelbagai juadah sampingan lain. Hampir 120 menu disediakan setiap hari sepanjang Ramadan.

Lebih 120 menu desajikan setiap hari. FOTO: IZWAN ZAINAL.

Tahun ini Felda D’Saji turut memperkenalkan D’Saji Delivery. Dengan pakej serendah RM300 yang boleh dinikmati oleh 12 hingga 15 orang, pelanggan tiada lagi alasan untuk tidak mendapatkan hidangan istimewa Felda D’Saji.

Tempahan boleh dibuat dengan menghantar email ke salesdsaji@felda.net.my atau hubungi talian 03-26988302.



Booking.com