Nikmati Keindahan Semulajadi Sumba

SUMBA yang terletak di Daerah Timur Nusa Tenggara, Indonesia merupakan satu tempat yang kaya dengan keindahan alam semula jadi. Jika berhajat ke sini, anda boleh menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Denpasar, Bali atau mana-mana penerbangan tempatan dari Jakarta.

Apa yang menarik di Sumba?

Tasik Weekuri

Tasik Weekeuri adalah satu keajaiban alam semulajadi yang perlu anda nikmati. Ia bagaikan sebuah kolam yang terbentuk daripada ombak laut di tebing bukit. Untuk sampai ke tasik ini, hanya kenderaan dua roda sahaja dibenarkan atau lebih baik anda berjalan kaki.

Kampung Ratenggaro

Jika ke Kampung Ratenggaro, anda akan melihat keunikan binaan rumah yang dikenali sebagai Uma Kelada. Bumbung rumah ini dibina setinggi 15 meter. Ia merupakan satu ciri istimewa masyarakat di sana. Selain itu kampung ini terletak berdekatan dengan pantai dan Sungai Waiha. Jadi anda boleh menikmati pemandangan di sana.

Pantai Bawana

Apabila tiba di Pantai Bawana, pasti anda akan terpesona dengan pembentukan batu di sana. Pantainya bersih dan pasirnya putih. Kawasan ini agak terpencil dan jarang dikunjungi orang, sesuai untuk merehat.

Air Terjun Waimarang

Satu lagi kawasan mandi yang popular di Sumba ialah Air Terjun Waimarang. Lihat sahaja bagaimana cantiknya pemandangan di sana! Ini juga boleh dijadikan lokasi untuk berehat dan tenangkan fikiran.

Walakiri

Jika anda mahu merakamkan gambar dengan latar belakang indah ketika matahari terbenam, boleh singgah di Walakiri. Ia merupakan kawasan paya bakau yang sangat unik.

Bukit Wairinding

Bukit Warinding mula popular selepas menjadi lokasi bagi penggambaran filem Pendekar Tongkat Emas. Sekitar bulan November hingga Mei anda dapat melihat pemandangan hijau bukit ini.

INFO: INDONESIA TRAVEL



Booking.com