Ombak Dive Resort, Syurga Percutian di Pulau Perhentian!

Pulau Perhentian Kecil merupakan destinasi pelancongan yang menjadi tarikan buat pelancong dalam dan luar negara. Sebagai destinasi pelancongan yang menarik dengan cahaya mataharinya yang hangat, pasir putih yang halus dan air laut yang sangat jernih, ia menjadikan permata Negeri Terengganu ini sebagai salah satu destinasi yang mesti dikunjungi.

Menyedari akan tarikan ini, Ombak Dive Resort menyahut seruan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk bersama-sama menggiatkan industri pelancongan ini dengan menjadi pusat sehenti yang menyediakan pelbagai kemudahan khas untuk para pelancong. Kini Ombak Dive Resort terus maju ke hadapan dengan adanya Ombak Lodge, Ombak Cafe dan Ombak Divers khas untuk memenuhi keperluan para pelancong yang ingin bercuti di pulau peranginan yang terkenal ini.

Mula beroperasi penuh sejak tahun 2012, resort yang diusahakan oleh Datuk Zulkifli Mohd. Sharif dan isteri, Datin Nur Salinda Sabar ini berkonsepkan Nusantara bersesuaian dengan kedudukannya di tengah pulau. Dekorasi resort yang segar dan nyaman dengan rimbunan pokok hijau membuatkan pengunjung begitu selesa dan tenang apabila berada di sini.

OMBAK LODGE

Bagi yang ingin menginap di resort ini, Ombak Dive Resort melalui Ombak Lodge menyediakan pelbagai jenis kamar tidur yang begitu selesa serta selamat buat para pelanggan. Mengekalkan konsep kesederhanaan dan kemudahan yang mencukupi Ombak Lodge menawarkan 25 buah bilik termasuklah bilik single, twin triple dan quadruple sharing rooms.

Buat pasangan yang ingin berbulan madu, di sini terdapat bilik suites eksklusif yang lebih privasi dan turut mempunyai balkoni sendiri. Untuk menambahkan keselesaan pelanggan, kesemua bilik di sini dilengkapi dengan tilam latex serba baharu, kemudahan bilik air di dalam bilik serta memiliki siling yang tinggi untuk pengudaraan yang lebih baik.

Selain itu, terdapat juga bilik yang mempunyai pendingin hawa dan yang memiliki kipas, terpulang kepada bajet pelanggan untuk memilih bilik di sini. Sesetengah tempat di pulau ini tidak menyediakan bekalan elektrik sepenuhnya, namun tidak menjadi masalah di Ombak Dive Resort kerana bekalan elektriknya disalurkan selama 24 jam bagi menjamin keselesaan dan keselamatan para pelanggan yang menginap di sini.

Laluan untuk pergi ke Long Beach

Harga untuk bilik pula serendah RM175 sehingga RM575 untuk satu malam, tidak termasuk cukai pelancongan. Anda boleh menempah melalui atas talian ataupun hubungi terus resort ini.

OMBAK CAFE

Ingin merasai pengalaman menjamu selera di pantai sambil ditemani bayu laut yang nyaman? Apa kata singgah ke Ombak Cafe yang menawarkan pelbagai sajian antarabangsa seperti masakan Cina, India, Itali, Thailand, Western, Asia serta sajian barbeku.

Suasana Ombak Cafe yang tenang dan aman.

Usah risau mengenai kelazatannya kerana semuanya disediakan oleh tukang masak yang berpengalaman dan pastinya ia menyelerakan. Harga makanan di sini tidaklah begitu mahal. Hanya serendah RM15 hingga RM60 sahaja, mampu mengenyangkan perut anda.

Di sebelah malamnya pula, pelanggan yang menginap di resort ini akan dihiburkan dengan persembahan api oleh pemain api yang berpengalaman. Persembahan selama setengah jam yang bermula pada pukul 7.30 malam itu pastinya memukau hati para pengunjung terutamanya pelancong di luar dan dalam negara.

Bukan itu sahaja, para pengunjung juga boleh menikmati juadah enak dari Ombak Cafe sambil menonton filem kegemaran mereka di panggung terbuka di bahagian luar kafe sambil ditemani cahaya bulan dan kerlipan bintang serta hembusan bayu malam.

Panggung wayang terbuka di sini menyiarkan pelbagai filem istimewa untuk tontonan pengunjung

Kesemua menu di sini disediakan secara a’la carte dan bagi mereka yang hadir dalam jumlah yang besar, makanan secara bufet akan disediakan berdasarkan permintaan dengan minimum 20 pax setiap hidangan. Selain itu, Ombak Cafe turut menawarkan hidangan bakeri kek dan roti yang dibuat sendiri dan dihidangkan segar setiap pagi. Pengunjung juga boleh membuat tempahan kek untuk sambutan ulang tahun tetapi perlu memberitahu awal supaya cef boleh menyediakan bahan-bahannya.

Pelbagai jenis roti antaranya Battard,sandwich loaf, wholemeal bread, croissant, puff pastry, assorted bun
Red velvet cake, carrot peanut cake, devil food cake dan oreo cheesecake
Ombak Pizza
Chicken Parmigiano
Pan Seared Fish with turmeric cream sauce
Pesto pasta
Homemade beef tower burger
Seafood Green Curry
Prawn tempura
Sizzling paprik
Sizzling chicken chop
Seafood bbq
Ombak signature drinks. Dari kiri Midsummer Dream, Virgin Pinacolada, Appletini, Deep Blue dan Sunrise

OMBAK DIVERS

Buat peminat sukan skuba, jangan lepaskan peluang untuk menyelam di dasar laut pulau yang tersenarai di antara 100 buah pulau yang terbaik di dunia. Menawarkan pelbagai pakej kursus menyelam untuk pelbagai peringkat kepakaran, Ombak Divers diiktiraf sebagai pusat latihan skuba oleh Professional Association of Diving Instructors (PADI) yang disahkan dan diajar oleh tenaga pengajar yang berpengalaman.

Untuk mereka yang ingin merakamkan gambar atau video menyelam di dasar laut, Ombak Divers turut menyediakan kelengkapan yang cukup untuk merakam momen indah tersebut.

Antara peralatan untuk skuba

Berpeluang untuk berenang bersama anak jerung di Shark Point

Selain itu, pakej snorkeling dengan harga istimewa turut ditawarkan. Para pengunjung yang menginap di sini boleh menyewa peralatan berjenama Aqualung itu dengan harga yang sangat berpatutan. Antara tempat menarik yang dibawa untuk snorkeling ialah Turtle Beach, Turtle Point dan Shark Point. Di sini anda boleh melihat sendiri penyu dan anak jerung di depan mata serta merakamkan foto bersama haiwan-haiwan itu.

Untuk mengetahui lebih lanjut dan pakej-pakej menarik yang ditawarkan di Ombak Dive Resort ini, boleh layari ke www.ombak.my atau ke Facebook Ombak Perhentian Island dan Instagram @ombakdiveresort.

Pemilik resort yang ramah, Datuk Zulkifli Mohd. Sharif dan isteri, Datin Nur Salinda Sabar (duduk) bersama staf dan chef Ombak Dive Resort



Booking.com