‘Pakaian Seragam Pramugari Sopan, Kekal Seperti Sedia Ada’ – Timb. Menteri

Syarikat penerbangan bebas menetapkan pakaian seragam pramugari dan pramugara mengikut syarat Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, peraturan berkaitan pakaian seragam pramugari Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines) kekal seperti sedia ada.

Katanya, pakaian ditetapkan mesti bersesuaian bagi membolehkan pramugari dan pramugara menjalankan tugas keselamatan dalam tempoh dikhususkan.

“Secara umumnya pakaian pramugari Malaysia Airlines adalah sopan,” katanya  di Dewan Rakyat, hari ini.

Kementerian dan jabatan berkaitan, jelas Kamaruddin, berusaha bagi memastikan kerajaan melaksanakan dasar bersama sesuai dengan tuntutan agama Islam.

“Saya hormati perjuangan semua tapi berilah peluang kepada kerajaan untuk terus berusaha mentadbir dengan lebih baik,” katanya.



Booking.com