Pakej Pelancongan Istimewa Cuti Sekolah `It’s All HERE!’

on
Foto: Legoland Malaysia.

Rebut pakej-pakej pelancongan dalam negara yang menarik untuk bercuti bersama keluarga pada musim cuti sekolah bermula November ini dalam karnival `It’s All HERE!’ anjuran Tourism Malaysia.

Karnival tersebut akan diadakan pada 25 dan 26 Oktober ini (Khamis dan Jumaat) dari pukul 10 pagi hingga 6 petang di Dewan Serbaguna, Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya, Presint 5, Putrajaya.

“Ini adalah program networking julung kalinya yang diadakan secara besar-besaran bersama penggiat industri negara. Program ini mendapat penyertaan daripada 29 organisasi merangkumi hotel, taman tema dan agensi pelancongan,’’ ujar kenyataan Tourism Malaysia hari ini.

Lost World of Tambun, Ipoh, Perak.

Program dua hari itu mensasarkan pengunjung daripada semua kementerian di sekitar Putrajaya, syarikat-syarikat swasta, universiti, sekolah serta komuniti di Putrajaya dan Cyberjaya.

Sempena karnival itu, pengunjung juga boleh mendapatkan khidmat saringan kesihatan secara percuma serta jualan makanan oleh Persatuan Food Truck.



Booking.com